Tarikh : 27 APRIL 2021
Masa : 03.00 p.m-05.30 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

photo6071123327767915263

Tujuan 

Majlis ini dianjurkan oleh pengurus pusat internet IOCC bersama MSD Intelligence Sdn. Bhd bagi menyampaikan hadiah secara rasmi kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan Video Kreatif Pusat Internet Komuniti 2021 baru-baru ini. Majlis ini dirasmikan oleh Yang berusaha Tuan Nor Afdzal Bin Ahmad Noor Penghulu Mukim Kuah Daerah Langkawi. Terdapat 3 pemenang dan 7 pemenang saguhati yang semuanya terdiri daripada murid sekolah rendah.

 

Aktiviti 

1)  Ucapan alu-aluan dari Pengurus Pusat Internet IOCC.

2)  Ucapan dari Penghulu Mukim Kuah Daerah Langkawi Tuan Nor Afdzal Bin Ahmad Noor.

3)  Tayangan semula video para pemenang.

4)  Majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Penghulu Mukim Kuah Daerah Langkawi Tuan Nor Afdzal Bin Ahmad Noor

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 21 MARCH 2021
Masa : 10.00 a.m-02.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

162394799 188043613125445 732483642459310490 n

Tujuan 

 

Program yang dianjurkan oleh PERKESO ini merupakan inisiatif latihan cara mengisi dan memuat naik dokumen dengan betul kepada pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti bertujuan membantu meringankan beban OB (orang berinsurans) dalam mendapatkan insentif berbentuk wang tunai selama 6-9 bulan.

 

 

Aktiviti 

 

1) Taklimat berkenaan EIS PERKESO.

2) Panduan cara mengisi EIS dan muatnaik dokumen.

3) Panduan mendaftar dan mencari kerja di MYFUTUREJOB.

4) Soal jawab diantara pengurus PIK bersama pihak PERKESO.

 

Gambar Disini

 
Tarikh : 27 FEBRUARI 2021
Masa : 02.00 p.m-05.30 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

IMG-2931

Tujuan 

 

Adik Hasif datang ke Pusat Internet IOCC bagi mendapatkan bantuan pengurus tentang teknikal cara penggunaan Sisco Webex dan Kahoot! bagi tujuan menelaah mata pelajaran Sains Tahun 5. Adik Hasif berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau tidak mempunyai capaian internet dan komputer di rumah. Sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit yang dimiliki oleh ibunya namun penggunaan data kelajuan yang tinggi menyebabkan beliau mencari alternatif lain. Dengan kesempatan ini beliau menghadirkan diri bagi mendapatkan khidmat Pusat Internet bagi tujuan PDPR.

 

 

Aktiviti 

 

1) Membimbing cara membuat tetapan pada Sisco Webex untuk memudahkan adik Hasif berhubung dengan guru kelasnya

2) Memberi tunjuk ajar cara penggunaan laman web Kahoot! Bagi menjawab quiz yang diberi oleh guru kelasnya

3) Memberi suntikan moral dan kata-kata semangat kepada adik Hafis dalam menimba ilmu pengetahuan.

 

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 12 MARCH 2021
Masa : 02.00 p.m-06.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

162196495 188037209792752 3208229068545121173 n-1

Tujuan 

 

Tujuan sesi pemilihan E-sport (Mobile Legends) diadakan adalah bagi memilih pemain terbaik bagi mewakili PIK di dalam pertandingan yang bakal dianjurkan oleh MSD Intelligence Kelak. Para peserta diberi pasukan secara rombak dan bertukar-tukar pasangan bagi pengurus menilai dari segi permainan, strategi dan kepimpinan.

 

 

Aktiviti 

1) Peserta diberi sesi taklimat berkenaan aktiviti E-Sport

2) Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3) Rombakan dibuat selepas beberapa pusingan permainan.

4) Para perserta dinilai oleh pengurus dari segi corak permainan, strategi dan kepimpinan.

 

Gambar Disini

 

1.    Peserta diberi sesi taklimat berkenaan aktiviti E-Sport.

Tarikh : 12 FEBRUARI 2021
Masa : 09.30 a.m-12.30 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

photo6170207780905004595

Tujuan 

 

Pelanggan yang datang ke Pusat Internet IOCC pada 12 haribulan Februari merupakan pekerja dalam bidang perhotelan di Langkawi. Syarikat mereka dilanda bencana kebakaran pada 1 februari yang lalu. Majikan mereka membuat keputusan memberhentikan mereka dengan bayaran pampasan. Oleh hal sedemikian, semua mereka yang terlibat datang ke Pusat Internet IOCC Langkawi bagi memohon tunjuk ajar dari petugas bagaimana cara untuk memohon insuans PERKESO bagi menampung pendapatan yang terjejas sementara waktu sebelum mencari pekerjaan lain.

 

 

Aktiviti 

1) Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan.

2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi borang permohonan online dengan format yang betul.

3) Membimbing cara memuat naik surat dan fail penting yang diperlukan pihak PERKESO.

 

Gambar Disini