|
Latar belakang
Encik Jusoh Bin Chin, berumur 89 tahun merupakan warga emas dan penduduk asal bumi Langkawi. Encik Jusoh seorang penggiat seni Teater Tradisional Jikey yang masih aktif di Langkawi. Beliau juga sering bermain Jikey bersama kumpulannya. Namun, permainan Jikey ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Beliau bergiat aktif Jikey bermula dari umurnya 12 tahun dan sering mengikuti bapa saudaranya bermain Jikey. Sehingga kini, beliau masih aktif bermain Jikey dan ingin menyampaikan ilmu bermain Jikey kepada generasi baru. Melalui pemerhatian Pengurus PEDi dan seorang penggiat seni, pihak PEDi cuba membantu beliau untuk mendapatkan beberapa insentif dan geran dari beberapa badan agar Jikey ini dapat dilestarikan kembali kepada masyarakat.
Sebelum pengilbatan PEDi
Pada mulanya Encik Jusoh Bin Chin tidak pernah menerima sebarang geran dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Encik Jusoh juga sangat bergiat aktif dalam permainan Teater Tradisional Jikey.
Selepas penglibatan PEDi
Selepas penglibatan, Encik Jusoh telah memberi kerjasama memberikan maklumat dengan pihak PEDi IOCC untuk menyiapkan kertas kerja dan portfolio beliau. Pada tahun 2022 pelbagai insentif seni dan geran telah dikeluarkan. Antaranya CENDANA, Geran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Geran Yayasan Hasanah dan Geran UNESCO. Pihak PEDi cuba membantu dengan menghantarkan kertas kerja dan portfolio beliau. Namun hanya dua geran sahaja yang berjaya beliau perolehi. Antaranya, geran ADIGURU dari CENDANA dan geran dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dengan geran ini dapat membantu beliau untuk menyerbarkan dan melestarikan Teater Tradisional Jikey kepada generasi baru. Selain itu juga beliau telah mendapat pengiktirafan adiguru Jikey dari CENDANA dan ASWARA.
|
Latar belakang
Encik Jusoh Bin Chin, berumur 87 tahun merupakan warga emas dan penduduk asal bumi Langkawi. Encik Bibun seorang penggiat seni Teater Tradisional Jikey yang masih aktif di Langkawi. Beliau juga sering bermain Jikey bersama kumpulannya. Namun, permainan Jikey ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Beliau bergiat aktif Jikey bermula dari umurnya 12 tahun dan sering mengikuti bapa bermain Jikey disekitar Langkawi. Sehingga kini, beliau masih aktif bermain Jikey dan ingin menyampaikan ilmu bermain Jikey kepada generasi baru. Melalui pemerhatian Pengurus PEDi dan seorang penggiat seni, pihak PEDi cuba membantu beliau untuk mendapatkan beberapa insentif dan geran dari beberapa badan agar Jikey ini dapat dilestarikan kembali kepada masyarakat.
Sebelum pengilbatan PEDi
Pada mulanya Encik Bibun Bin Arsyad tidak pernah menerima sebarang geran dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Beliau juga sangat bergiat aktif dalam permainan Teater Tradisional Jikey.
Selepas penglibatan PEDi
Selepas penglibatan, Encik Bibun telah memberi kerjasama memberikan maklumat dengan pihak PEDi IOCC untuk menyiapkan kertas kerja dan portfolio beliau. Pada tahun 2022 pelbagai insentif seni dan geran telah dikeluarkan. Antaranya CENDANA, Geran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Geran Yayasan Hasanah dan Geran UNESCO. Pihak PEDi cuba membantu dengan menghantarkan kertas kerja dan portfolio beliau. Namun hanya dua geran sahaja yang berjaya beliau perolehi. Antaranya, geran ADIGURU dari CENDANA dan geran dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dengan geran ini dapat membantu beliau untuk menyerbarkan dan melestarikan Teater Tradisional Jikey kepada generasi baru. Selain itu juga beliau telah mendapat pengiktirafan adiguru Jikey dari CENDANA dan ASWARA.
|
Latar belakang
Puan Nazurah binti Yusof, 27 tahun, merupakan seorang suri rumah. Beliau ingin membantu keluarga dalam menambah pendapatan. Setelah melihat iklan di Facebook berkenaan Bengkel usahawan baru online yang bakal dijalankan oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau mengambil peluang menghadirkan diri untuk belajar menjadi usahawan menggunakan platform online Shopee. Bengkel ini mengajar cara meniaga menggunakan platform shopee bermula dari asas hingga cara meningkatkan jualan di samping menyertai pertandingan yang dianjur oleh MSD Intelligence. Beliau mendapat idea untuk memasarkan pelbagai aksesori rumah, pakaian wanita, dan pakaian kanak-kanak. Berkat kegigihan beliau, beliau berjaya meraih untung kasar rm2 Ribu hingga rm3 ribu sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan dan menyertai bengkel ushawan baru online Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu dan tidak dapat menggambarkan bagaimana jualan di Shopee berlaku. Beliau juga kurang bersemangat pada mulanya kerana tidak mempunyai sebarang idea produk apa yang boleh dipasarkan dan menjadi permintaan pada masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mewujudkan kedai alam maya ataupun “seller center’ sendiri di Shopee sebagai platform utama untuk mengiklankan perniagaan. Beliau juga memuat naik dan membuat dekorasi pengiklanan sendiri dalam mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Beliau kini juga lebih memahami konsep dan fungsi platform shopee secara luas dan menyeluruh dalam perniagaan menggunakan platform online.
|
Latar belakang
Puan Zabedah Othman, berumur 62 tahun merupakan warga emas dan penduduk asal bumi Langkawi. Pada mulanya beliau diberitahu oleh rakannya tentang kemudahan yang disediakan di Pusat Internet IOCC Langkawi. Lali beliau terlintas untuk mencari sumber-sumber keagamaan menggunakan layar internet. Namun beliau tidak cekap menggunakan komputer walaupun beliau mempunyai sedikit asas untuk menggunakan komputer. Hal ini kerana dahulunya beliau pernah belajar menggunakan komputer riba dari anaknya namun anaknya kini sudah berkahwin dan menetap jauh darinya. Oleh hal yang sedemikian beliau sedikit ketinggalan dalam era teknologi. Beliau meminta bantuan dari petugas untuk membantu dan mengajar beliau cara melayari youtube dan google bagi mendapatkan sumber-sumber keagamaan seperti ceramah dan keratin hadis.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya Puan Zabedah Othman tidak cekap menggunakan komputer malah tidak pandai untuk melayari Internet berkemungkinan atas faktor usia.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penglibatan Puan Zabedah Othman di Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini sudah cekap menggunakan komputer termasuklah mula kenal kepada laman sesawang youtube dan Google search. Beliau juga sering datang ke Pusat Internet namun apa yang membanggakan ialah beliau melayari dan membuat carian sendiri tanpa bantuan petugas.
|
Latar belakang
Cik Nor Ain binti Ahmad, 30 tahun, merupakan seorang pengurus di Muzium Srikandi Langkawi namun disebabkan berlakunya wabak pandemik gajinya dipotong 50%. Oleh hal sedemikian beliau mengambil inisiatif lain bagi menambah pendapatan. Beliau telah menghadirkan diri ke bengkel usahawan baru online yang telah dijalankan oleh pengurus PI IOCC Langkawi. Bengkel ini mengajar cara meniaga menggunakan platform shopee bermula dari asas hingga cara meningkatkan jualan di samping menyertai pertandingan yang dianjur oleh MSD Intelligence. Beliau mendapat idea untuk memasarkan coklat dan ubat ubatan tradisional dari Langkawi yang menggunakan ekstrak gamat. Berkat kegigihan beliau, beliau berjaya meraih untung kasar rm 8 Ribu sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan dan menyertai bengkel ushawan baru online Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu dan tidak dapat menggambarkan bagaimana jualan di Shopee berlaku. Beliau juga kurang bersemangat pada mulanya kerana tidak mempunyai sebarang idea produk apa yang boleh dipasarkan dan menjadi permintaan pada masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mewujudkan kedai alam maya ataupun “seller center’ sendiri di Shopee sebagai platform utama untuk mengiklankan perniagaan. Beliau juga memuat naik dan membuat dekorasi pengiklanan sendiri dalam mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Beliau kini juga lebih memahami konsep dan fungsi platform shopee secara luas dan menyeluruh dalam perniagaan menggunakan platform online.