|
Latar belakang
Adik Fakrul berumur 17 tahun menetap di Kg Kuah dan bersekolah di sekolah menengah Mahsuri. Beliau bakal menghadapi SPM pada tahun 2020 namun ditangguhkan pada tahun 2021 kerana wabak pandemik yang melanda negara. Beliau adalah anak bongsu dari dau adik beradik. Ayah beliau seorang pemandu pelancong manakala ibunya seorang suri rumah. Berdasarkan keterangan dari beliau, adik Fakrul dahulunya mempunyai computer riba sendiri namun ianya telah rosak dan menyebabkan beliau menghadirkan diri ke pusat internet. Berikutan dari kerosakan itu beliau sudah lama tidak menggunakan computer. Hal ini menyebabkan beliau agak kekok untuk menyiapkan kerja kursus online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di pusat internet IOCC Langkawi beliau tidak tahu menggunakan google sheet bagi menyiapkan kerja kursusnya. Gurunya hanya menjemput melalui link yang dihantar melalui E-mel beliau. Oleh kerana Fakrul tidak mempunyai komputer dirumah beliau mencari inisiatif lain dengan menghadirkan diri ke pusat internet bagi menggunakan pekhidmatan komputer dan internet jalur lebar. Fakrul seorang yang jenis banyak bertanya, dikesempatan itu pengurus IOCC Langkawi mengambil peluang mengajar beliau cara menggunakan googlesheet sehingga beliau mahir.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas hampir dua minggu menghadirkan diri ke Pusat Internet setiap kali selepas pulang dari sekolah, beliau makin mahir menggunakan ‘short-cut’ pada papan kekunci dan tahu cara menyelenggara google sheet. Tambahan pula, beliau juga tidak tahu cara untuk screenshot skrin PC. Dengan tunjuk ajar dari petugas membuatkan kerja kursusnya berjalan lancar dan kemas. Beliau mengajak empat orang lagi rakannya untuk datang ke Pusat Internet tetapi berbeza pada kali ini, beliau menggalas tugas mengajar empat lagi rakan yang lain. Alasannya kerana jika beliau selalu mengajar orang lain akan membuatkan dia mengimbas kembali apa yang diajar dan tidak mudah lupa.