Kemudahan awam yang terdapat di Pulau Langkawi boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, gelanggang sepak takraw, padang bola, jalanraya berturap, pondok telefon, dataran usahawan, balai polis Trafik,perpustakaan desa, surau dan masjid turut terdapat di Pulau Langkawi.
Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti perbankan, perkhidmatan pos, kesihatan dan keperluan harian di Pekan Kuah, Langkawi.
Masjid Al Hana Kuah Langkawi
sumber: Langkawi by Hotels.com
Perpustakaan Awam Langkawi
sumber: portal rasmi Majlis Perbandaran Langkawi