|
Latar belakang
Puan Nazurah binti Yusof, 27 tahun, merupakan seorang suri rumah. Beliau ingin membantu keluarga dalam menambah pendapatan. Setelah melihat iklan di Facebook berkenaan Bengkel usahawan baru online yang bakal dijalankan oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau mengambil peluang menghadirkan diri untuk belajar menjadi usahawan menggunakan platform online Shopee. Bengkel ini mengajar cara meniaga menggunakan platform shopee bermula dari asas hingga cara meningkatkan jualan di samping menyertai pertandingan yang dianjur oleh MSD Intelligence. Beliau mendapat idea untuk memasarkan pelbagai aksesori rumah, pakaian wanita, dan pakaian kanak-kanak. Berkat kegigihan beliau, beliau berjaya meraih untung kasar rm2 Ribu hingga rm3 ribu sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan dan menyertai bengkel ushawan baru online Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu dan tidak dapat menggambarkan bagaimana jualan di Shopee berlaku. Beliau juga kurang bersemangat pada mulanya kerana tidak mempunyai sebarang idea produk apa yang boleh dipasarkan dan menjadi permintaan pada masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mewujudkan kedai alam maya ataupun “seller center’ sendiri di Shopee sebagai platform utama untuk mengiklankan perniagaan. Beliau juga memuat naik dan membuat dekorasi pengiklanan sendiri dalam mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Beliau kini juga lebih memahami konsep dan fungsi platform shopee secara luas dan menyeluruh dalam perniagaan menggunakan platform online.