|
Latar belakang
Cik Nurhayati adalah graduan dalam bidang sains sosial yang baru sahaja menamatkan pelajarannya beberapa bulan yang lalu. Beliau bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sejak dibangku sekolah lagi. Pada mulanya beliau hanya meniaga secara tidak serius mengikut tempahan dari rakan-rakan dan saudara mara namun atas permintaan yang tinggi beliau membeli ketuhar yang bersaiz lebih besar bagi memasarkan produknya secara serius. Beliau bercita-cita untuk membuka “bakery” miliknya sendiri di masa akan datang. Cik Nurhayati berminat membina akaun Shopee bagi memudahkan pelanggannya membuat pesanan terus secara di atas talian. Oleh yang demikian, Cik Nurhayati sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari ilmu keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau tidak tahu asas menggunakan platform shopee hal ini kerana tutorial di youtube tidak lengkap dan sukar difahami. Beliau juga tidak dapat menggambarkan bagaimana struktur perniagaan atas talian shopee dijalankan. Oleh hal yang sedemikian, Cik Nurhayati cuba mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari Pengurus PI IOCC Langkawi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta akaun perniagaan shopee sendiri. Beliau juga sudah memahami fungsi-fungsi dan tetapan shopee. Tambahan pula, permintaan produknya semakin tinggi kerana keunikan biskut menggunakan ‘sea-salt’ menjadi perhatian(viral) pada masa kini, dengan adanya akaun shopee kerjanya menjadi lebih mudah dan tersusun.
|
Latar belakang
Puan Najihah adalah suri rumah sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang keusahawanan secara sambilan. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ beliau memasarkan produk dengan menggunakan skil komunikasinya. Beliau petah bercakap dalam menerangkan maklumat berkenaan produk yang dijualnya. Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat seterusnya dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Antara aspek yang menjadi halangan ialah beliau tidak tahu mengendalikan aplikasi atas talian yang tersedia contohnya ‘Facebook page’ bagi mempromosikan produk yang dijualnya. Oleh yang demikian, Puan Najihah sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari asas ilmu keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Puan Najihah menghadirkan diri ke kelas latihan asas keusahawanan yang dijalankan oleh pengurus pusat IOCC beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perniagaan atas talian dijalankan malah beliau jugak tidak tahu wujudnya platform bagi memasarkan produk pada sesetengah media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas sering menghadirkan diri dan menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini tahu menggunakan ‘Facebook page’ dan mempelajari menggunakan booster iklan berbayar di Facebook bagi memasarkan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi Pages Facebook dengan lebih luas dan menyeluruh dalam pengiklanan.
USAHAWAN SPA DAN KECANTIKAN
Nama | : Puan Fazliyana Bt Fadzil |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Usahawan sepenuh masa dalam perkhidmatan spa dan kecantikan. Puan Fazliyana merupakan pelajar lepasan Giat Mara dalam jurusan Spa dan Kecantikan. Beliau baru sahaja menamatkan pengajian pada Oktober 2018 dan baru memulakan pernigaan secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kurang bersemangat dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta Pages di Facebook dan lebih banyak menggunakan Pages facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Beliau kini juga lebih memahami konsep dan fungsi Pages Facebook yang lebih luas dan menyeluruh dalam pengiklanan berbanding akaun peribadi
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Fazliyana tetap berkunjung ke Pusat Internet IOCC Langkawi bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain Spa Tradisional Jemari.
|
Latar belakang
Puan Salina adalah ibu kepada tiga orang cahaya mata yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Pada mulanya beliau hanya meniaga secara sambilan berkonsepkan COD (Cash on Delivery) namun atas permintaan yang tinggi beliau berjaya membangunkan sebuah lot kedai kecil dihadapan rumahnya bagi menjual dan mempamerkan produknya.
Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat seterusnya dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Namun
Puan Salina seorang yang buta IT dan menghadapi masalah untuk menggunakan platform teknologi bagi memasarkan produk. Hal ini merupakan suatu kecenderungan terhadap Puan Salina untuk belajar dan menjadi usahawan yang berjaya. Oleh yang demikian, Puan Salina sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari ilmu keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu asas menggunakan komputer malahan tidak dapat membayangkan bagaimana struktur perniagaan atas talian dijalankan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta logo perniagaan sendiri, Pages di Facebook dan mempelajari menggunakan booster iklan berbayar di Facebook bagi memasarkan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi Pages Facebook dengan lebih luas dan menyeluruh dalam pengiklanan.
USAHAWAN KECIL HARTANAH
Nama | : Hairunnisah Binti Ibrahim |
Umur | : 63 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Puan Hairunnisah usahawan kecil hartanah di daerah Kemaman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Hairunniasah merupankan usahawan kecil yang mempunyai beberapa aset disekitar daerah Kemaman seperti rumah dan bangunan kedai. Kebiasaannya, beliau hanya mengiklankan aset yang perlu dijual/disewa melalui risalah dan lain-lain pengiklanan kovensional. Kaedah ini kurang relevan dengan pasaran semasa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pi KCC bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial dan sesawang e-commerce. Rata-rata pelanggan berpotensinya merujuk medium-medium tersebut bagi memenuhi keperluan mereka. Kini pengiklannya mendapat perhatian tinggi dan kos pengeluaran bagi pengiklanan dapat dikurangkan dengan drastik. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi KCC, beliau mampu menghasilkan iklan secara diatas talian walaupun diketegori warga emas.
Walaupun telah menguasai banyak pengetahuan ICT, Puan Hairunnisah tetap berkunjung ke mini Pi1M KCC bagi mendalami lebih banyak pengetahuan ICT yang luas. Selain dari kelas yang disediakan, beliau juga memerlukan kelengkapan ICT yang lain seperti komputer yang bersesuaian, internet berkelajuan tinggi dan mesin pencetakan bagi menyiapkan urusannya yang lain dipejabat daerah Kemaman.