|
Latar belakang
Puan Najihah adalah suri rumah sepenuh masa dan bergiat aktif dalam bidang keusahawanan secara sambilan. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ beliau memasarkan produk dengan menggunakan skil komunikasinya. Beliau petah bercakap dalam menerangkan maklumat berkenaan produk yang dijualnya. Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat seterusnya dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Antara aspek yang menjadi halangan ialah beliau tidak tahu mengendalikan aplikasi atas talian yang tersedia contohnya ‘Facebook page’ bagi mempromosikan produk yang dijualnya. Oleh yang demikian, Puan Najihah sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari asas ilmu keusahawanan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Puan Najihah menghadirkan diri ke kelas latihan asas keusahawanan yang dijalankan oleh pengurus pusat IOCC beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perniagaan atas talian dijalankan malah beliau jugak tidak tahu wujudnya platform bagi memasarkan produk pada sesetengah media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas sering menghadirkan diri dan menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini tahu menggunakan ‘Facebook page’ dan mempelajari menggunakan booster iklan berbayar di Facebook bagi memasarkan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi Pages Facebook dengan lebih luas dan menyeluruh dalam pengiklanan.