USAHAWAN PRODUK BISKUT 
 
 NAMA   : NURHAYATI BINTI MD DESA
 UMUR   : 24 TAHUN
 AHLI   : BELUM MENJADI AHLI

 

Latar belakang

Cik Nurhayati adalah graduan dalam bidang sains sosial yang baru sahaja menamatkan pelajarannya beberapa bulan yang lalu. Beliau bergiat aktif dalam bidang keusahawanan sejak dibangku sekolah lagi. Pada mulanya beliau hanya meniaga secara tidak serius mengikut tempahan dari rakan-rakan dan saudara mara namun atas permintaan yang tinggi beliau membeli ketuhar yang bersaiz lebih besar bagi memasarkan produknya secara serius. Beliau bercita-cita untuk membuka “bakery” miliknya sendiri di masa akan datang. Cik Nurhayati berminat membina akaun Shopee bagi memudahkan pelanggannya membuat pesanan terus secara di atas talian. Oleh yang demikian, Cik Nurhayati sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari ilmu keusahawanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau tidak tahu asas menggunakan platform shopee hal ini kerana tutorial di youtube tidak lengkap dan sukar difahami. Beliau juga tidak dapat menggambarkan bagaimana struktur perniagaan atas talian shopee dijalankan. Oleh hal yang sedemikian, Cik Nurhayati cuba mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari Pengurus PI IOCC Langkawi.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta akaun perniagaan shopee sendiri. Beliau juga sudah memahami fungsi-fungsi dan tetapan shopee. Tambahan pula, permintaan produknya semakin tinggi kerana keunikan biskut menggunakan ‘sea-salt’ menjadi perhatian(viral) pada masa kini, dengan adanya akaun shopee kerjanya menjadi lebih mudah dan tersusun.