|
Latar belakang
Puan Izanty adalah seorang guru KAFA di sekolah rendah Langkawi. Beliau juga bergiat aktif sebagai usahawan separuh masa dalam menjalan perniagaan produk makanan. Atas faktor minat dan ingin menambah pendapatan beliau pada mulanya menjalankan perniagaan dengan cara mengiklankan di akaun facebook peribadi beliau. Beliau membeli dan menyimpan stok sendiri dan bukan secara dropship. Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih luas dengan menggunakan platform shopee. Antara aspek yang menjadi halangan ialah beliau ialah beliau tidak mempunyai masa untuk mengiklankan produknya selalu oleh kerana beliau sibuk dengan tugas harian sebagai ibu dan juga warga pendidik. Beliau berhasrat mengiklankan produknya di laman sesawang shopee hal ini kerana ianya menjimatkan masa tanpa perlu mengiklankannya setiap hari. Dengan laman sesawang shopee juga pesanan yang beliau terima lebih teratur dan mudah untuk diuruskan. Namun puan Izanty kurang pendedahan mengenai tetapan dan stat pada laman sesawang shopee. Oleh yang demikian, Puan Izanty sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari asas menggunakan laman sesawang shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Puan Izanty menghadirkan diri ke kelas latihan asas keusahawanan yang dijalankan oleh pengurus pusat IOCC beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perniagaan atas talian (shopee) dijalankan malah beliau jugak tidak tahu cara menggunakan tetapan laman sesawang shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas sering menghadirkan diri dan menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini tahu menggunakan tetapan pada laman sesawang shopee dan mempelajari menggunakan ‘booster’ iklan berbayar di laman sesawang berikut bagi meningkatkan permintaan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi laman sesawang shopee dengan lebih luas dan menyeluruh sebagai medium meningkatkan profit.
|
Latar belakang
Cik Naimah adalah graduan Office Management di KPTM alor setar dan baru sahaja menamatkan pengajiannya. Berikutan wabak pandemik yang melanda beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Namun hal itu tidak menjadi penghalang untuk beliau menceburkan diri bergiat aktif dalam perniagaan online. Pada awalnya beliau menggunakan platform Facebook dan Whatssap untuk mempromosikan produknya namun beliau terfikir bahawa mempromosikan pada media sosial berikut amat terhad demografiknya. Oleh hal sedemikian, beliau mengambil langkah datang ke kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet IOCC bagi mempelajari cara menggunakan platform Shopee. Antara produk yang dujual ialah tart daim biscuit, ikan bilis segar dari Langkawi yang sudah diproses dan belum diproses, cornflakes madu, cookies crunchy lazat, maruku halal muslim product, sambal garing cili padi bilis, dan acar buah. Beliau berhasrat dengan menghadiri bengkel usahawan baru online beliau pendapatan beliau bertambah berbanding dengan sebelumnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu asas menggunakan platform shopee hal ini kerana tutorial di youtube tidak lengkap dan sukar difahami. Beliau juga tidak dapat menggambarkan bagaimana struktur perniagaan atas talian shopee dijalankan. Oleh hal yang sedemikian, Cik Naimah mengambil peluang menghadiri bengkel usahawan baru online bagi mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari Pengurus PI IOCC Langkawi disamping menyertai pertandingan yang dianjur MSD Digital Intelligence sdn. Bhd.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta akaun perniagaan shopee sendiri. Beliau juga sudah memahami fungsi-fungsi dan tetapan shopee. Tambahan pula, katanya urusan beliau jadi lebih mudah dan boleh menghindari ‘Joy Buyer’. Dengan adanya akaun shopee beliau juga telah memperolehi POSLAJU free shipping selepas beberapa minggu. Hal ini dapat menjimatkan masa dan wang berbanding dengan ‘manual post’.
|
Latar belakang
Puan Masturah, 56 tahun merupakan balu sejak 20 tahun yang lalu. Beliau berhasrat untuk berkahwin pada bulan ini namun beliau tidak tahu cara pengisian borang kebenaran nikah online malah beliau langsung tidak tahu menggunakan komputer. Hal ini kerana, pada zaman puan Masturah berkahwin dahulu beliau hanya perlu mengisi borang di pejabat agama tanpa perlu mengisi borang online. Ini menyebabkan beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana pengisian boring online kebenaran nikah dilakukan. Dengan bantuan dan bimbingan pengurus pusat internet IOCC beliau dapat menyiapkan borang kebenaran nikah online namun permulaan yang agak rumit bagi beliau apabila beliau langsung tidak tahu mengendalikan komputer. Pengurus pusat internet membuat modul perancangan pengajaran yang rapi bagi memberi input kepada puan Masturah dalam masa 4 jam latihan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di pusat internet IOCC Langkawi beliau tidak mempunyai asas dalam teknologi maklumat. Beliau berasa agak tertekan kerana beliau mnganggap yang umur beliau sudah terlambat untuk mempelajari asas mengendalikan komputer namun dengan bimbingan dan nasihat dari pengurus pusat internet beliau sudi meluangkan masa 4 jam untuk menghadiri kelas latihan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas hampir 4 jam kelas latihan asas teknologi maklumat berlangsung puan Masturah menunjukkan tindak balas yang baik seperti, beliau sudah mampu mengendalikan tetikus dan menaip pada papan kekunci. Tambahan pula beliau sudah mula yakin amat berminat dengan teknologi komputer. Walaupun susah baginya untuk mengendalikan komputer pada awalnya namun dengan tunjuk ajar pengurus pusat internet IOCC borang nikah online nya dapat diselesaikan sebelum tamatnya kelas. Beliau bercadang mahu mendaftar sebagai ahli pusat internet IOCC namun beliau bakal berpindah mengikut suaminya ke Pahang. Pengurus pusat internet IOCC memberi cadangan kepada beliau agar mencari pusat internet di daerah Pahang. Hal ini kerana pusat internet sememangnya wujud di setiap pelusuk negeri.
|
Latar belakang
Adik Fakrul berumur 17 tahun menetap di Kg Kuah dan bersekolah di sekolah menengah Mahsuri. Beliau bakal menghadapi SPM pada tahun 2020 namun ditangguhkan pada tahun 2021 kerana wabak pandemik yang melanda negara. Beliau adalah anak bongsu dari dau adik beradik. Ayah beliau seorang pemandu pelancong manakala ibunya seorang suri rumah. Berdasarkan keterangan dari beliau, adik Fakrul dahulunya mempunyai computer riba sendiri namun ianya telah rosak dan menyebabkan beliau menghadirkan diri ke pusat internet. Berikutan dari kerosakan itu beliau sudah lama tidak menggunakan computer. Hal ini menyebabkan beliau agak kekok untuk menyiapkan kerja kursus online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di pusat internet IOCC Langkawi beliau tidak tahu menggunakan google sheet bagi menyiapkan kerja kursusnya. Gurunya hanya menjemput melalui link yang dihantar melalui E-mel beliau. Oleh kerana Fakrul tidak mempunyai komputer dirumah beliau mencari inisiatif lain dengan menghadirkan diri ke pusat internet bagi menggunakan pekhidmatan komputer dan internet jalur lebar. Fakrul seorang yang jenis banyak bertanya, dikesempatan itu pengurus IOCC Langkawi mengambil peluang mengajar beliau cara menggunakan googlesheet sehingga beliau mahir.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas hampir dua minggu menghadirkan diri ke Pusat Internet setiap kali selepas pulang dari sekolah, beliau makin mahir menggunakan ‘short-cut’ pada papan kekunci dan tahu cara menyelenggara google sheet. Tambahan pula, beliau juga tidak tahu cara untuk screenshot skrin PC. Dengan tunjuk ajar dari petugas membuatkan kerja kursusnya berjalan lancar dan kemas. Beliau mengajak empat orang lagi rakannya untuk datang ke Pusat Internet tetapi berbeza pada kali ini, beliau menggalas tugas mengajar empat lagi rakan yang lain. Alasannya kerana jika beliau selalu mengajar orang lain akan membuatkan dia mengimbas kembali apa yang diajar dan tidak mudah lupa.
|
Latar belakang
Cik Putri, 19 tahun, adalah graduan lepasan matrikulasi yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan secara sambilan. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ tudung dari bangku sekolah lagi sehingga kini beliau masih bergiat aktif berniaga bermacam jenis produk. Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih luas dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Antara aspek yang menjadi halangan ialah beliau ialah beliau tidak mempunyai masa untuk mengiklankan produknya selalu oleh kerana beliau sibuk belajar dan bakal melanjutkan pelajaran di Universiti. Beliau berhasrat mengiklankan produknya di laman sesawang shopee hal ini kerana ianya menjimatkan masa tanpa perlu mengiklankannya setiap hari. Dengan laman sesawang shopee juga pesanan yang beliau terima lebih teratur dan mudah untuk diuruskan. Namun Cik Putri kurang pendedahan mengenai tetapan dan stat pada laman sesawang shopee. Oleh yang demikian, Cik Putri sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari asas menggunakan laman sesawang shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Cik Putri menghadirkan diri ke kelas latihan asas keusahawanan yang dijalankan oleh pengurus pusat IOCC beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perniagaan atas talian (shopee) dijalankan malah beliau jugak tidak tahu cara menggunakan tetapan laman sesawang shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas sering menghadirkan diri dan menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini tahu menggunakan tetapan pada laman sesawang shopee dan mempelajari menggunakan ‘booster’ iklan berbayar di laman sesawang berikut bagi meningkatkan permintaan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi laman sesawang shopee dengan lebih luas dan menyeluruh sebagai medium meningkatkan profit.