|
Latar belakang
Puan Masturah, 56 tahun merupakan balu sejak 20 tahun yang lalu. Beliau berhasrat untuk berkahwin pada bulan ini namun beliau tidak tahu cara pengisian borang kebenaran nikah online malah beliau langsung tidak tahu menggunakan komputer. Hal ini kerana, pada zaman puan Masturah berkahwin dahulu beliau hanya perlu mengisi borang di pejabat agama tanpa perlu mengisi borang online. Ini menyebabkan beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana pengisian boring online kebenaran nikah dilakukan. Dengan bantuan dan bimbingan pengurus pusat internet IOCC beliau dapat menyiapkan borang kebenaran nikah online namun permulaan yang agak rumit bagi beliau apabila beliau langsung tidak tahu mengendalikan komputer. Pengurus pusat internet membuat modul perancangan pengajaran yang rapi bagi memberi input kepada puan Masturah dalam masa 4 jam latihan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di pusat internet IOCC Langkawi beliau tidak mempunyai asas dalam teknologi maklumat. Beliau berasa agak tertekan kerana beliau mnganggap yang umur beliau sudah terlambat untuk mempelajari asas mengendalikan komputer namun dengan bimbingan dan nasihat dari pengurus pusat internet beliau sudi meluangkan masa 4 jam untuk menghadiri kelas latihan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas hampir 4 jam kelas latihan asas teknologi maklumat berlangsung puan Masturah menunjukkan tindak balas yang baik seperti, beliau sudah mampu mengendalikan tetikus dan menaip pada papan kekunci. Tambahan pula beliau sudah mula yakin amat berminat dengan teknologi komputer. Walaupun susah baginya untuk mengendalikan komputer pada awalnya namun dengan tunjuk ajar pengurus pusat internet IOCC borang nikah online nya dapat diselesaikan sebelum tamatnya kelas. Beliau bercadang mahu mendaftar sebagai ahli pusat internet IOCC namun beliau bakal berpindah mengikut suaminya ke Pahang. Pengurus pusat internet IOCC memberi cadangan kepada beliau agar mencari pusat internet di daerah Pahang. Hal ini kerana pusat internet sememangnya wujud di setiap pelusuk negeri.