|
Latar belakang
Cik Putri, 19 tahun, adalah graduan lepasan matrikulasi yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan secara sambilan. Bermula dengan menjadi ‘dropship’ tudung dari bangku sekolah lagi sehingga kini beliau masih bergiat aktif berniaga bermacam jenis produk. Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat yang lebih luas dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Antara aspek yang menjadi halangan ialah beliau ialah beliau tidak mempunyai masa untuk mengiklankan produknya selalu oleh kerana beliau sibuk belajar dan bakal melanjutkan pelajaran di Universiti. Beliau berhasrat mengiklankan produknya di laman sesawang shopee hal ini kerana ianya menjimatkan masa tanpa perlu mengiklankannya setiap hari. Dengan laman sesawang shopee juga pesanan yang beliau terima lebih teratur dan mudah untuk diuruskan. Namun Cik Putri kurang pendedahan mengenai tetapan dan stat pada laman sesawang shopee. Oleh yang demikian, Cik Putri sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari asas menggunakan laman sesawang shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Cik Putri menghadirkan diri ke kelas latihan asas keusahawanan yang dijalankan oleh pengurus pusat IOCC beliau tidak dapat menggambarkan bagaimana perniagaan atas talian (shopee) dijalankan malah beliau jugak tidak tahu cara menggunakan tetapan laman sesawang shopee.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas sering menghadirkan diri dan menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini tahu menggunakan tetapan pada laman sesawang shopee dan mempelajari menggunakan ‘booster’ iklan berbayar di laman sesawang berikut bagi meningkatkan permintaan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi laman sesawang shopee dengan lebih luas dan menyeluruh sebagai medium meningkatkan profit.