|
Latar belakang
Cik Naimah adalah graduan Office Management di KPTM alor setar dan baru sahaja menamatkan pengajiannya. Berikutan wabak pandemik yang melanda beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Namun hal itu tidak menjadi penghalang untuk beliau menceburkan diri bergiat aktif dalam perniagaan online. Pada awalnya beliau menggunakan platform Facebook dan Whatssap untuk mempromosikan produknya namun beliau terfikir bahawa mempromosikan pada media sosial berikut amat terhad demografiknya. Oleh hal sedemikian, beliau mengambil langkah datang ke kelas dan bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Internet IOCC bagi mempelajari cara menggunakan platform Shopee. Antara produk yang dujual ialah tart daim biscuit, ikan bilis segar dari Langkawi yang sudah diproses dan belum diproses, cornflakes madu, cookies crunchy lazat, maruku halal muslim product, sambal garing cili padi bilis, dan acar buah. Beliau berhasrat dengan menghadiri bengkel usahawan baru online beliau pendapatan beliau bertambah berbanding dengan sebelumnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu asas menggunakan platform shopee hal ini kerana tutorial di youtube tidak lengkap dan sukar difahami. Beliau juga tidak dapat menggambarkan bagaimana struktur perniagaan atas talian shopee dijalankan. Oleh hal yang sedemikian, Cik Naimah mengambil peluang menghadiri bengkel usahawan baru online bagi mendapatkan tunjuk ajar dan bimbingan dari Pengurus PI IOCC Langkawi disamping menyertai pertandingan yang dianjur MSD Digital Intelligence sdn. Bhd.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta akaun perniagaan shopee sendiri. Beliau juga sudah memahami fungsi-fungsi dan tetapan shopee. Tambahan pula, katanya urusan beliau jadi lebih mudah dan boleh menghindari ‘Joy Buyer’. Dengan adanya akaun shopee beliau juga telah memperolehi POSLAJU free shipping selepas beberapa minggu. Hal ini dapat menjimatkan masa dan wang berbanding dengan ‘manual post’.