USAHAWAN BARANGAN PERHIASAN RUMAH 
 
NAMA : PUAN SALINA BINTI AHMAD
UMUR : 38 TAHUN
AHLI : 2020

 

Latar belakang

Puan Salina adalah ibu kepada tiga orang cahaya mata yang bergiat aktif dalam bidang keusahawanan. Pada mulanya beliau hanya meniaga secara sambilan berkonsepkan COD (Cash on Delivery) namun atas permintaan yang tinggi beliau berjaya membangunkan sebuah lot kedai kecil dihadapan rumahnya bagi menjual dan mempamerkan produknya.

Beliau bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya ke peringkat seterusnya dengan menggunakan medium teknologi yang berasaskan perniagaan abad ke-21. Namun

Puan Salina seorang yang buta IT dan menghadapi masalah untuk menggunakan platform teknologi bagi memasarkan produk. Hal ini merupakan suatu kecenderungan terhadap Puan Salina untuk belajar dan menjadi usahawan yang berjaya. Oleh yang demikian, Puan Salina sering mengunjungi Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempelajari ilmu keusahawanan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan perkhidmatan Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu asas menggunakan komputer malahan tidak dapat membayangkan bagaimana struktur perniagaan atas talian dijalankan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjalani latihan keusahawanan yang dibimbing oleh pengurus Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mencipta logo perniagaan sendiri, Pages di Facebook dan mempelajari menggunakan booster iklan berbayar di Facebook bagi memasarkan produk beliau. Kini beliau juga lebih memahami konsep dan fungsi Pages Facebook dengan lebih luas dan menyeluruh dalam pengiklanan.