|
Latar belakang
Cik Nor Ain binti Ahmad, 30 tahun, merupakan seorang pengurus di Muzium Srikandi Langkawi namun disebabkan berlakunya wabak pandemik gajinya dipotong 50%. Oleh hal sedemikian beliau mengambil inisiatif lain bagi menambah pendapatan. Beliau telah menghadirkan diri ke bengkel usahawan baru online yang telah dijalankan oleh pengurus PI IOCC Langkawi. Bengkel ini mengajar cara meniaga menggunakan platform shopee bermula dari asas hingga cara meningkatkan jualan di samping menyertai pertandingan yang dianjur oleh MSD Intelligence. Beliau mendapat idea untuk memasarkan coklat dan ubat ubatan tradisional dari Langkawi yang menggunakan ekstrak gamat. Berkat kegigihan beliau, beliau berjaya meraih untung kasar rm 8 Ribu sebulan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan perkhidmatan dan menyertai bengkel ushawan baru online Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau langsung tidak tahu dan tidak dapat menggambarkan bagaimana jualan di Shopee berlaku. Beliau juga kurang bersemangat pada mulanya kerana tidak mempunyai sebarang idea produk apa yang boleh dipasarkan dan menjadi permintaan pada masa kini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet IOCC Langkawi, beliau kini telah mewujudkan kedai alam maya ataupun “seller center’ sendiri di Shopee sebagai platform utama untuk mengiklankan perniagaan. Beliau juga memuat naik dan membuat dekorasi pengiklanan sendiri dalam mempromosikan produk jualan beliau dengan lebih berkesan dan lebih menarik. Beliau kini juga lebih memahami konsep dan fungsi platform shopee secara luas dan menyeluruh dalam perniagaan menggunakan platform online.