SENI DAN BUDAYA 
 NAMA   : BIBUN BIN ARSYAD
 UMUR   : 87 TAHUN

Latar belakang

Encik Jusoh Bin Chin, berumur 87 tahun merupakan warga emas dan penduduk asal bumi Langkawi. Encik Bibun seorang penggiat seni Teater Tradisional Jikey yang masih aktif di Langkawi. Beliau juga sering bermain Jikey bersama kumpulannya. Namun, permainan Jikey ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat. Beliau bergiat aktif Jikey bermula dari umurnya 12 tahun dan sering mengikuti bapa bermain Jikey disekitar Langkawi. Sehingga kini, beliau masih aktif bermain Jikey dan ingin menyampaikan ilmu bermain Jikey kepada generasi baru. Melalui pemerhatian Pengurus PEDi dan seorang penggiat seni, pihak PEDi cuba membantu beliau untuk mendapatkan beberapa insentif dan geran dari beberapa badan agar Jikey ini dapat dilestarikan kembali kepada masyarakat.

Sebelum pengilbatan PEDi

Pada mulanya Encik Bibun Bin Arsyad tidak pernah menerima sebarang geran dan bantuan kewangan dari mana-mana pihak. Beliau juga sangat bergiat aktif dalam permainan Teater Tradisional Jikey. 

Selepas penglibatan PEDi

Selepas penglibatan, Encik Bibun telah memberi kerjasama memberikan maklumat dengan pihak PEDi IOCC untuk menyiapkan kertas kerja dan portfolio beliau. Pada tahun 2022 pelbagai insentif seni dan geran telah dikeluarkan. Antaranya CENDANA, Geran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Geran Yayasan Hasanah dan Geran UNESCO. Pihak PEDi cuba membantu dengan menghantarkan kertas kerja dan portfolio beliau. Namun hanya dua geran sahaja yang berjaya beliau perolehi. Antaranya, geran ADIGURU dari CENDANA dan geran dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Dengan geran ini dapat membantu beliau untuk menyerbarkan dan melestarikan Teater Tradisional Jikey kepada generasi baru. Selain itu juga beliau telah mendapat pengiktirafan adiguru Jikey dari CENDANA dan ASWARA.