Tarikh | : 01 FEBRUARI 2021 |
Masa | : 09.30 a.m-11.30 a.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Puan Renganayagi datang ke Pusat Internet untuk meminta bantuan pengurus bagi membimbingnya membuat pendaftaran online anaknya yang bakal melangkah ke tahun 1. Beliau yang kurang fasih berbahasa melayu menyebabkan beliau sukar memahami apa maklumat yang yang diminta dan perlu diisi. |
|
Aktiviti |
|
1) Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan. 2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi borang permohonan online dengan format yang betul. 3) Membimbing cara memuat naik surat dan fail penting yang diperlukan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. |
Tarikh | : 29 DISEMBER 2020 |
Masa | : 10.00 a.m-03.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Encik Azam dan Encik Abdul Razak pekerja dalam bidang perlancongan di Langkawi. Majikan mereka mengalami penurunan pendapatan dan tidak dapat membayar gaji dan segala kos utiliti bermula 1 April yang lalu. Majikan mereka membuat keputusan untuk menutup premis dan syarikat lalu memberhentikan mereka. Namun apa yang lagi menyedihkan ialah mereka langsung tidak diberi pampasan. Oleh hal sedemikian, mereka bergegas ke PERKESO bagi mendapatkan penerangan berkenaan Insurans PERKESO. Dengan kerjasama PERKESO bersama Pusat Internet IOCC Langkawi, mereka berdua diminta hadir ke Pusat Internet bagi mendapatkan bantuan pengurus untuk tunjuk ajar dari petugas bagaimana cara untuk memohon Insurans PERKESO bagi menampung pendapatan yang terjejas sementara waktu sebelum mencari pekerjaan lain.
|
|
Aktiviti |
|
1) Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan. 2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi borang permohonan online dengan format yang betul. 3) Membimbing cara memuat naik surat dan fail penting yang diperlukan pihak PERKESO.
|
Tarikh | : 22 DISEMBER 2020 |
Masa | : 09.00 a.m-01.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Satu kelas ICT berkaitan pengenalan asas internet telah dilaksanakan di Pi IOCC Langkawi yang telah disertai warga emas dan belia bertujuan memberi pendedahan awal kepada komuniti berkenaan pelbagai kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.
|
|
Aktiviti |
|
1) Slot Penerangan dari Pengurus Pi IOCC Langkawi berkaitan Pengenalan Internet dan fungsi Internet. 2) Memperkenalkan pelbagai platform internet yang wujud seperti Google, Youtube dan sebagainya. 3) Peserta diberi kebebasan menggunakan komputer untuk mengenali lebih dekat mengenai faedah Internet. |
Tarikh | : 23 DISEMBER 2020 |
Masa | : 11.00 a.m-01.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Wakil dari Telekom Malaysia, Tuan Shaharum membuat lawatan audit dan pemeriksaan ke atas peralatan Pusat Internet IOCC Langkawi. Antara aspek yang di audit dan disemak ialah perkakasan komputer dan juga infrastuktur Pusat Internet sama ada masih dalam keadaan baik atau sebaliknya. Disamping itu pihak TM juga membuat pemeriksaan tentang kebersihan dan kelajuan capaian internet
|
|
Aktiviti |
|
1) Semakan perkakasan komputer. 2) Semakan alat pemadam api, CCTV dan insfrastruktur di Pusat Internet. 3) Semakan kelajuan dan pencapaian internet. 4) Sesi borak santai bersama Tuan Shaharum berkenaan isu semasa di Pusat Internet.
|
Tarikh | : 18 DISEMBER 2020 |
Masa | : 02.00 p.m-06.00 p.m |
Lokasi | : 5G COMMAND CENTRE LANGKAWI |
Tujuan |
|
YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md Ali, Ketua Menteri Negeri Melaka diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB Datuk Seri Dr Hasim bin Hasan dan Ketua Wilayah Utara YBHG Datuk Rozlan bin Mohamed mengadakan lawatan kerja ke 5G Command Centre. Tujuan lawatan adalah untuk melihat insfrastruktur bangunan dan teknologi yang terdapat di bangunan IOCC dan menyelidik perkembangan pusat internet IOCC Langkawi.
|
|
Aktiviti |
|
1) Slot Penerangan dari pihak TM cawangan Melaka berkaitan 5G Command Centre Langkawi dari segi fungsi, insfrastruktur dan teknologi. |