Tarikh : 29 DISEMBER 2020
Masa : 10.00 a.m-03.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI 

 

photo6296310816739273698

Tujuan 

Encik Azam dan Encik Abdul Razak pekerja dalam bidang perlancongan di Langkawi. Majikan mereka mengalami penurunan pendapatan dan tidak dapat membayar gaji dan segala kos utiliti bermula 1 April yang lalu. Majikan mereka membuat keputusan untuk menutup premis dan syarikat lalu memberhentikan mereka. Namun apa yang lagi menyedihkan ialah mereka langsung tidak diberi pampasan. Oleh hal sedemikian, mereka bergegas ke PERKESO bagi mendapatkan penerangan berkenaan Insurans PERKESO. Dengan kerjasama PERKESO bersama Pusat Internet IOCC Langkawi, mereka berdua diminta hadir ke Pusat Internet bagi mendapatkan bantuan pengurus untuk tunjuk ajar dari petugas bagaimana cara untuk memohon Insurans PERKESO bagi menampung pendapatan yang terjejas sementara waktu sebelum mencari pekerjaan lain.

 

 

Aktiviti 

1) Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan.

2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi borang permohonan online dengan format yang betul.

3) Membimbing cara memuat naik surat dan fail penting yang diperlukan pihak PERKESO.

 

Gambar Disini