Tarikh : 10 MAC 2020
Masa : 09.00 a.m-1.00 p.m
Lokasi : PI IOCC LANGKAWI

 

rsz_img-4369.jpg

 

Tujuan 

Kelas keusahawanan diadakan bertujuan memberi khidmat latihan dan penerangan tentang perniagaan atas talian. Pada era abad ke 21 kini perniagaan atas talian menjadi salah satu medium penting untuk mengembangkan profit perniagaan. Dengan khidmat latihan dan penerangan dari pengurus PI OICC Langkawi suri rumah mahupun usahawan kecil kecilan dapat membuka mata cara mempromosikan pasaran produk mereka dengan lebih meluas dan tidak terhad hanya kepada demografik tertentu sahaja.

 

Aktiviti 

1)  Memperkenalkan ‘Facebook Page’ dan cara penggunaannya.

2) Memasarkan produk menggunakans ‘Facebook Ads’ yang tersedia.

3) Memperkenalkan ‘shortcut button’ untuk membuat tempahan dan pertanyaan yang disambung terus ke aplikasi ‘whatssaps’. 

4) Memberi taklimat tentang cara mempromosikan produk menggunakan ‘Facebook Live’.

 

Gambar Disini


 
Tarikh : 05 MAC 2020
Masa : 09.00 a.m-11.00a.m
Lokasi : PI IOCC LANGKAWI

 

Tujuan 

Pendedahan asas Microsoft Word dan latihan menaip kepada murid-murid pendidikan khas (OKU) dari Sekolah Kebangsaan Penghulu Ahmad yang terdiri daripada murid masalah penglihatan, autisme dan masalah pendengaran bagi memberi peluang kepada mereka supaya tidak tenggelam di dalam era dunia siber yang kian berkembang. Pendedahan yang diberikan adalah penggunaan komputer, latihan menaip dan cara menggunakan Microsoft Word dengan betul.

 

 
Aktiviti 

1)  Memperkenalkan Microsoft Word secara asas.

2) Latihan menaip dengan kemas dan mengikut format yang betul.

3) Memperkenalkan format asas tulisan dan dan saiz.

4) Memberi ruang kepada murid pendidikan khas (OKU) untuk menggunakan komputer di

    Pusat Internet.

 

Gambar Disini

 

Tarikh 13 Febuari 2020 
Masa 09.00 am – 01.00 pm
Lokasi : PI IOCC Langkawi
   

 

 

 paskamCIT1D

Tujuan 

Satu kelas ICT berkaitan pengenalan asas internet telah dilaksanakan di Pi IOCC Langkawi yang telah disertai oleh badan NGO iaitu PASKAM dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada komuniti berkenaan pelbagai kemudahan internet yang disediakan pada era ini supaya negara dapat menggalakkan generasi celik IT.

 

Aktiviti 

  1. 1)   Slot Penerangan dari Pengurus Pi IOCC Langkawi berkaitan Pengenalan Internet dan fungsi Internet.

    2)   Memperkenalkan pelbagai platform internet yang wujud seperti Google, Internet Explorer dan sebagainya.

    3)   Peserta diberi kebebasan menggunakan computer untuk mengenali lebih dekat mengenai faedah Internet.

Gambar Disini

 

Tarikh : 3 Mac 2020
Masa : 09.00 am – 01.00 pm
Lokasi : PI IOCC Langkawi


 

Tujuan 

Pendedahan asas Teknologi Maklumat & Komunikasi kepada murid-murid berpendidikan khas (OKU) dari Sekolah Kebangsaan Ulu Melaka bagi memberi peluang kepada mereka supaya tidak tenggelam di dalam era dunia siber yang kian berkembang. Pendedahan yang diberikan adalah penggunaan computer, mencipta E-mel dan cara menggunakannya dengan bermanfaat.

 

 
Aktiviti 

1)  Memberi tunjuk ajar asas menggunakan komputer dan melayari internet.

2) Pendedahan berkenaan pengenalan E-mel dan kepentingannya.

3) Membimbing cara mencipta akaun E-mel.

4) Memberi ruang kepada murid pendidikan khas (OKU) untuk menggunakan komputer di

    Pusat Internet.

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 19 Febuari 2020
Masa : 05.00 pm- 12.00 pm
Lokasi : Langkawi International Convention Centre (LICC)
   

 

 5g4

Tujuan 

YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Demonstrasi 5G Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi hari ini. Langkawi dipilih sebagai lokasi bagi Projek perintis demonstrasi 5G ini kerana demografi yang ideal sebagai persekitaran terkawal (Controlled environment).

 
Aktiviti 
  1. Gimik pelancaran persembahan Dron sebanyak 555 unit menayangkan lima (5) "Vertical" merangkumi Bandar Pintar (Smart City), Pendidikan, Pertanian, Kesihatan Digital, Pelancongan sebagai simbolik dan dimasukkan ke dalam "The Malaysia Book of Record".

Gambar Disini