Tarikh :05 Disember 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet IOCC Langkawi

Peserta :Pelajar Sekolah

 

 kreativiti2h

Tujuan 

Kelas Microsoft Word adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan pengenalan Microsoft Word dan mengenali shape atau menggunakan Microsoft Word untuk mereka bentuk sesuatu objek. 

 
Aktiviti 
  1. Kelas Latihan ICT ini telah meyediakan modul pengenalan Microsoft Word yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar dapat mengenali komponen awal dalam Microsoft Word dengan tujuan memudahkan urusan pelajar kelak terutamanya apabila melangkah ke peringkat sekolah yang seterusnya. Selain itu, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer di Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan Microsoft Word. 

Gambar Disini

Tarikh :03 November 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet IOCC Langkawi

Peserta :Pelajar Sekolah

 

 kelasmw1a

Tujuan 

Kelas Microsoft Word adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan pengenalan Microsoft Word supaya pelajar dapat mengenali Microsoft Word pada peringkat awal.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada para pelajar kerana Microsoft Word adalah salah satu komponen yang penting dalam kehidupan seorang pelajar dan pekerja. Oleh yang demikian, pendedahan awal berkenaan Microsoft Word kepada pelajar sebagai persiapan melangkah kealam persekolahan yang lebih tinggi adalah suatu usaha Pusat Internet bagi memastikan pelajar menggunakan kemudahan yang disediakan sebaiknya.

Gambar Disini

Tarikh :01 Oktober 2019 
Masa :09.00 pm – 12.00 pm
Lokasi

:Geopark Inn

Peserta :Pelajar IPT

 

 kdbmcmc1

Tujuan 

Satu taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) telah dilaksanakan oleh Pi Kluster Langkawi yang telah disertai oleh Komuniti Langkawi yang terdiri dari golongan pelajar Universiti dengan tujuan memberi pendedahan tentang intipati KDB yang terdiri daripada Online Grooming, Buli Siber, Maklumat Palsu, Sexting, Stalking, Literasi digital dan media dan Oversharing. Taklimat ini diadakan bersama-sama MCMC dan taklimat disampaikan oleh Pn Norazlina selaku wakil MCMC manakala aktiviti berkaitan KDB iaitu mencipta video pendek dilaksanakan oleh petugas Pi Kluster Langkawi.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar kerana kebanyakan pelajar tidak mengetahuai dan memahami KDB dan terjerumus menjadi mangsa siber. Selain itu, taklimat KDB dapat mencegah dari berlakunya jenayah siber melalui tips-tips yang disampaikan seperti menghindarkan diri daripada terlebih berkongsi maklumat peribadi atau ‘oversharing’. 

Gambar Disini

Tarikh : 15 Oktober 2019
Masa : 08.00 Pagi - 03.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet IOCC Langkawi
   

 

 hbk1914

Tujuan 
 
Memperkenalkan kepada Komuniti setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet IOCC Langkawi. Selain itu,program ini bertujuan untuk membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas Pusat Internet IOCC Langkawi. Disamping itu, program ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan sukarelawan dalam melaksanakan sesuatu program selain dapat membantu usahawan setempat untuk mengembangkan perniagaan dalam bentuk ICT.   
Aktiviti 
  1. Program bermula denganSlot Penerangan dari Pusat Internet Kluster Langkawi berkaitan Klik dengan Bijak dan Dashboard.Kemudian Taklimat daripada Angkatan Pertahanan Awam berkenaan Keselamatan Awam.
  2. Acara sukaneka dan pertandingan indoor berjalan serentak bersama agensi kerajaan membuat pameran dan pemeriksaan kesihatan.
  3. Ucapan dan perasmian Pusat Internet IOCC Langkawi.
  4. Program di akhiri dengan jamuan makan dan beramah tamah bersama tetamu VIP 

Gambar Disini

Tarikh :28&29 September 2019 
Masa :08.00 am – 06.00 pm
Lokasi

:Geopark Inn

 

 karnival1

Tujuan 

Perbadanan Nasional (PNS) telah berkerjasama dengan LADA dan MCMC dalam menjayakan program Usahawan yang melibatkan Pusat Internet Kluster Langkawi untuk mengadakan pameran dan taklimat berkenaan fungsi dan peranan Pusat Internet dalam membantu usahawan merealisasikan impian merekan menggunakan platform atas talian.  

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada ahli Komuniti Langkawi kerana pendedahan berkaitan keusahawanan dapat mendidik dan membuka minda ahli untuk menggunakan platform atas talian bagi mempromosikan produk bagi mendapat pendapatan sampingan sekaligus meningkatkan bilangan usahawan sediada dalam negara.

Gambar Disini