Tarikh | : 26 NOVEMBER 2020 |
Masa | : 09.00 a.m-11.00 a.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Kelas pendedahan asas Microsoft Word adalah bertujuan untuk mempelajari cara menaip surat rasmi dengan format yang betul. Sepertimana yang dimaklumkan puan Hamiza surat ini bertujuan untuk mengusulkan aduan kepada FoodPanda Malaysia. Bimbingan cara menaip dan membuat surat rasmi diberikan hal ini kerana beliau tidak mahir menggunakan komputer. Penekanan yang diberikan adalah cara penggunaan Bahasa yang lebih formal.
|
|
Aktiviti |
|
1) Memperkenalkan Microsoft Word secara asas. 2) Latihan menaip dengan kemas dan mengikut format yang betul. 3) Memperkenalkan format asas tulisan dan dan saiz bagi surat rasmi. 4) Memperbaiki penggunaan ayat bahasa melayu dengan betul dan rasmi.
|
Tarikh | : 3 NOVEMBER 2020 |
Masa | : 10.30 a.m-12.30 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Puan dan Cik Cheah pekerja dalam bidang perlancongan di Langkawi. Majikan mereka mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari lalu. Majikan mereka membuat keputusan memberhentikan mereka dengan bayaran pampasan namun wang pampasan tersebut masih dalam proses dan belum dibayar hingga ke hari ini. Oleh hal sedemikian, mereka datang ke Pusat Internet IOCC Langkawi bagi memohon tunjuk ajar dari petugas bagaimana cara untuk memohon INSURANS (EIS) PERKESO bagi menampung pendapatan yang terjejas sementara waktu sebelum mencari pekerjaan lain.
|
|
Aktiviti |
|
1) Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan. 2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi boring permohonan online dengan format yang betul. 3) Membimbing cara memuat naik surat dan fail penting yang diperlukan pihak PERKESO. |
Tarikh | : 21 OKTOBER 2020 |
Masa | : 12.00 p.m-02.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI & 5GCC |
Tujuan |
|
YB Dato’ Norsabrina Mohd Noor, mantan exco IT Negeri Kedah diiringi Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Internet IOCC dan 5GCC. Tujuan lawatan adalah untuk melihat insfrastruktur bangunan dan teknologi yang terdapat di bangunan IOCC dan menyelidik perkembangan pusat internet IOCC Langkawi.
|
|
Aktiviti |
|
1) Slot Penerangan dari TM di 5GCC Langkawi berkaitan Pengenalan 5G dan fungsinya. 2) Sesi sembang santai berkenaan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet IOCC bersama Dato’ Norsabrina Mohd Noor.
|
Tarikh | : 22 OKTOBER 2020 |
Masa | : 02.00 p.m-06.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Kelas ini diadakan untuk menarik minat kanak-kanak datang ke Pusat Internet IOCC. Petugas memikirkan pelbagai cara bagi menarik minat kanak-kanak untuk datang ke Pusat Internet bagi mendapatkan ilmu yang bermanfaat antaranya ialah dengan mengadakan kelas gitar berasaskan penggunaan ICT. Kelas ini sejajar dengan konsep “21st Century Learning”. Dengan kaedah ini pengunjung yang datang untuk belajar gitar lebih mudah faham disamping menerokai ilmu ICT. |
|
Aktiviti |
|
1) Mukadimah tentang pembelajaran gitar menggunakan laman sesawang youtube. 2) Memberi tunjuk ajar kord asas yang tersedia di laman sesawang youtube. 3) Peserta dibimbing satu persatu oleh petugas disamping menyalin susunan jari yang tertera pada video laman sesawang youtube. |
Tarikh | : 15 OKTOBER 2020 |
Masa | : 02.00 p.m-06.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Satu kelas ICT berkaitan pengenalan asas internet telah dilaksanakan di Pi IOCC Langkawi yang telah disertai oleh murid-murid SK Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan IT kepada mereka berkenaan pelbagai kemudahan internet yang disediakan pada era ini supaya negara dapat melahirkan generasi celik IT. Slot pada hari ini adalah berkenaan penggunaan Carian Laman Sesawang Google bagi mencari maklumat berkaitan akademik.
|
|
Aktiviti |
|
1) Slot Penerangan dari Pengurus Pi IOCC Langkawi berkaitan Pengenalan Laman Sesawang Google fungsinya. 2) Memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan carian google dengan cara yang betul dan bermanfaat. Contohnya dalam mencari maklumat berkaitan akademik. 3) Peserta diberikan peluang untuk mencari apa-apa sahaja maklumat berkaitan akademik. |