Tarikh : 10 SEPTEMBER 2020
Masa : 03.00 p.m-06.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET PADANG WAHID

 

 photo6280596210008042164

Tujuan 

Objektif sesi taklimat ini adalah bertujuan untuk  membincangkan kerjasama yang dapat dilaksanakan bagi membantu golongan yang kehilangan pekerjaan dan golongan yang sedang mencari pekerjaan seperti lepasangraduan, lepasan sekolah, pengganggur, belia dan lain-lain.

 

 

Aktiviti 

1)  Pengenalan secara terperinci skop tugas PERKESO.

2)  Pengenalan laman aplikasi MYFUTUREJOB dan cara mendaftar.

3)  Penerangan tentang dasar-dasar yang melayakkan pekerja yang hilang pekerjaan bagi mendapatkan insentif dari PERKESO.

4)   Penerangan tentang cara majikan mendapatkan insentif dari PERKESO.

5)   Penerangan peratusan caruman yang dicarum bagi mendapatkan nilai insentif tertentu.

 

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 07 SEPTEMBER 2020
Masa : 08.45 a.m-04.30 p.m
Lokasi : SEAVIEW HOTEL LANGKAWI

 

 1

Tujuan 

Sehubungan perjumpaan dengan para petugas pusat internet pada hari sebelumnya YBRS. Encik Mazmalik Pengarah Perlindungan Data Peribadi bersama pegawai-pegawai PDPA menjemput para petugas pusat internet bagi menghadiri persidangan berkaitan pengenalan kepada PDPA. Dalam persidangan ini akan diterangkan dengan lebih terperinci tentang apa itu PDPA, hukuman dan seksyen yang dijatuhkan jika disabit kesalahan dan skop kerja pegawai PDPA. Sehubungan dengan itu beliau memohon kerjasama dari petugas Pusat Internet, NGO dan badan berkanun bagi memberi advokasi kepada komuniti setempat supaya mereka faham tentang akta PDPA dan tahu ciri-ciri maklumat yang sepatutnya tidak dibocorkan oleh orang kedua mahu pun ketiga

 

 

Aktiviti 

1)  Pengenalan tentang akta 709 perlindungan data peribadi oleh

2) Penerangan tentang hukuman, seksyen dan akta yang dijatuhkan jika disabitkan kesalahan

3)  Sesi soal jawab bersama peserta dan pegawai bertugas.

4)   Minum petang dan bersurai.


Gambar Disini

 

Tarikh : 01 SEPTEMBER 2020
Masa : 10.00 a.m-12.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI

 

photo6212872048993217024 

 

Tujuan 

Majlis ini dianjurkan oleh pengurus pusat internet IOCC bersama MSD Intelligence Sdn. Bhd bagi menyampaikan hadiah secara rasmi kepada pemenang-pemenang yang telah menyertai pertandingan Video Kraftangan Merdeka baru-baru ini. Majlis ini dirasmikan oleh Yang berusaha Tuan Haji Zulkifili bin Abdullah Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi. Terdapat 3 pemenang dan 5 pemenang saguhati yang semuanya terdiri daripada murid sekolah rendah.

 

 

Aktiviti

1)  Ucapan alu-aluan dari Pengurus Pusat Internet IOCC.

     2)  Ucapan dari Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi Tuan Haji Zulkifli bin                  Abdullah.

     3)  Tayangan semula video para pemenang.

     4)  Majlis penyampaian hadiah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah       Langkawi Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah.

     5)  Makan tengahari bersama Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi Tuan Haji              Zulkifli bin Abdullah dan peserta Video Kraftangan Merdeka.

 

 Gambar Disini

 

 

Tarikh : 06 SEPTEMBER 2020
Masa : 10.00 a.m-01.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET PADANG WAHID LANGKAWI

 

 33

Tujuan 

YBRS. Encik Mazmalik Pengarah Perlindungan Data Peribadi mengadakan lawatan kerja di Pusat Internet Padang Wahid bertujuan berjumpa dengan petugas pusat internet bagi menerangkan tentang akta yang termaktub didalam PDPA di samping mengupas isu-isu kebocoran maklumat yang sering berlaku ketika covid 19 melanda negara ketika ini. Selain itu juga beliau memohon kerjasama dari petugas Pusat Internet bagi memberi advokasi kepada komuniti setempat supaya mereka faham tentang akta PDPA dan tahu ciri-ciri maklumat yang sepatutnya tidak dibocorkan oleh orang kedua mahu pun ketiga.

 

 

Aktiviti 

1) Penerangan tentang akta yang termaktub didalam PDPA.

2) Mengupas isu-isu kebocoran maklumat privasi yang berlaku ketika covid 19 melanda ketika ini.

3) Penerangan tentang kesan dan tindakan jika maklumat yang sepatutnya dibocorkan oleh orang kedua mahupun orang ketiga.


Gambar Disini

 

 

Tarikh : 21 AUGUST 2020
Masa : 09.00 a.m-01.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI

 

5dc59834-bc83-4e20-a15d-c80f2c35e7cc

 

Tujuan 

Kelas Keusahawanan adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada ahli Pusat Internet IOCC Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan kepada kaedah mempromosikan perniagaan dalam talian yang melibatkan laman sosial Facebook.

 

 

Aktiviti

1)  Pendedahan berkenaan facebook page bagi tujuan mengiklankan produk.

     2) kaedah mencipta page facebook dengan tujuan mempromosi dan menjual barangan.

     3) Cara ‘boost’ iklan produk berdasarkan demografi yang dipilih serta penerangan              tentang bayaran dan caj yang dikenakan.

     4) Penyuntingan gambar menggunakan laman web canva.

     5) Memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan komputer di Pusat Internet            untuk meneliti dan memahami platform atas talian.

 

 Gambar Disini