Tarikh | : 18 AUGUST 2020 |
Masa | : 09.00 a.m-01.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
MSD Digital intelligence sdn bhd mengadakan pertandingan poster bagi menonjolkan kreativiti para murid dan pelajar. Hadiah yang diatawarkan berupa barangan elektronik yang sangat lumayan contohnya komputer riba dan nintendo. Program pertandingan ini juga diwujudkan bagi menggantikan hari bersama komuniti atas faktor perhimpunan orang ramai tidak lagi dibenarkan. Syarat program pertandingan poster ini ialah peserta perlu menghadiri bengkel latihan cara membuat poster menggunakan Microsoft powerpoint presentation terlebih dahulu dimana pihak pengurus PI IOCC Langkawi bersama guru pengiring dari SK Seri Negeri Langkawi menggembleng tenaga dalam usaha memberi tunjuk ajar kepada pelajar membuat poster ciptaan sendiri yang bertemakan “Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital”. |
|
Aktiviti |
|
1) Penerangan tentang syarat dan tema pertandingan. 2) Mempelajari asas Microsoft powerpoint presentation. 3) Memilih latar belakang dari sumber “google image”. 4) Cara membuang latar belakang pada gambar yang diingini menggunakan “background remover”. 5) Mencipta email bagi menghantar karya yang dihasilkan.
|
Tarikh | : 24 JULY 2020 & 03 AUGUST 2020 |
Masa | : 08.30 a.m-06.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan
|
|
Berikutan wabak pandemik yang melanda negara ketika ini MSD intelligence mengambil inisiatif mengadakan kelas usahawan di samping mengadakan pertandingan bagi menarik minat para-para belia, wanita, lepasan sekolah atau IPT untuk berniaga menggunakan platform online. Hadiah yang diatawarkan berupa wang ringgit yang sangat lumayan. Program usahawan ini juga diwujudkan bagi menggantikan hari bersama komuniti atas factor perhimpunan orang ramai tidak lagi dibenarkan. Program menggunakan platform online ini adalah bengkel latihan shopee dimana pihak pengurus PI IOCC Langkawi bersama penolong pengurus PI Pulau Tuba menggembleng tenaga dalam usaha mempupuk asas dalam berniaga secara online. Antara aspek yang ditekankan ialah cara pemasaran di dalam platform shopee, cara tetapan shopee, cara meningkatkan profit jualan dan cara mengelakkan sebarang kebarangkalian yang tidak diingini berlaku dalam berjual beli di Shopee.
|
|
Aktiviti |
|
1) Pengenalan kepada laman sesawang shopee 2) Daftar akaun Shopee “Seller center” 3) Membuat tetapan pada Shop profile, bank account, shipping. 4) Menambah produk di dalam laman “seller center”. 5) Cara boost produk dan penerangan tentang shipping. 6) Penerangan dan cabaran dan risiko meniaga dalam platform online.
|
Tarikh | : 8 JULY 2020 |
Masa | : 09.00 a.m-1.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan
|
|
Program Pendedahan asas Microsoft Word bagi tujuan membina resume/CV dan ‘cover letter’ yang lebih kemas dan terperinci kepada warga pekerja syarikat swasta yang dibuang kerja berikutan wabak pandemik Corona virus. Dengan wujudnya program ini mereka boleh membuat persediaan sebelum melangkah ke temuduga yang akan datang. Pendedahan yang diberikan adalah cara membuat resume dan cover letter bagi menarik perhatian penemuduga, melengkapkan maklumat penting yang perlu di senarai dan diletakkan di dalam resume dan mendekorasi CV/resume dan ‘cover letter’ supaya lebih menarik.
|
|
Aktiviti
|
|
1) Memperkenalkan Microsoft Word secara asas.
2) Latihan menaip dengan kemas dan mengikut format yang betul.
3) Memperkenalkan format asas tulisan dan dan saiz.
4) Memperbaiki penggunaan ayat bahasa inggeris.
|
Tarikh | : 15 JULY 2020 & 16 JULY 2020 |
Masa | : 08.30 a.m-04.30 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET KG PADANG LALANG |
Tujuan |
|
Program usahawan menggunakan platform online ini adalah bengkel latihan shopee dimana pihak pengurus PI Padang Lalang bekerjasama bersama LADA dan MCMC menggembleng tenaga dalam usaha mempupuk asas dalam berniaga secara online. Antara aspek yang ditekankan ialah cara pemasaran di dalam platform shopee, cara tetapan shopee, cara meningkatkan profit jualan dan cara mengelakkan sebarang kebarangkalian yang tidak diingini berlaku dalam berjual beli di Shopee. |
|
Aktiviti |
|
1) Pengenalan kepada laman sesawang shopee 2) Daftar akaun Shopee “Seller center”
3) Membuat tetapan pada Shop profile, bank account, shipping. 4) Menambah produk di dalam laman “seller center”. 5) Cara boost produk dan penerangan tentang shipping. 6) Penerangan dan cabaran dan risiko meniaga dalam platform online.
|
Tarikh | : 6 JULY 2020 & 7 JULY 2020 |
Masa | : 09.00 a.m-1.00 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Tujuan kelas ini diadakan berikutan wabak pandemik yang melanda negara yang menyebabkan semua sekolah di Malaysia ditutup namun guru-guru sangat lah berkomited dalam memastikan pelajar mereka tidak ketinggalan dalam menimba ilmu. Guru-guru memberi latihan secara online melalui email dan aplikasi whatssap. Namun tidak semua pelajar mampu memiliki akses internet berkelajuan tinggi dan komputer sendiri di rumah. Berikutan hal itu, kelas ini ditubuhkan bertujuan membantu pelajar-pelajar berikut dalam menyiapkan tugasan mereka. Pengurus pusat internet IOCC membantu dalam mencari maklumat di laman sesawang dan cara-cara menggunakan perisian Microsoft Word. |
|
Aktiviti
|
|
1) Memberi tunjuk ajar asas menggunakan komputer dan melayari internet. 2) Pengenalan perisian zoom bagi memudahkan kelas online dapat dijalankan. 3) Memberi bimbingan dalam menyiapkan tugasan kerja kursus/kerja rumah. 4) Memberi ruang kepada pelajar untuk menggunakan komputer di Pusat Internet.
|