Tarikh :08 September 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet IOCC Langkawi

Peserta :9 orang

 

 kahoot1b

Tujuan 

Satu Latihan Klik Dengan Bijak (KDB) telah dilaksanakan oleh Pi IOCC Langkawi yang telah disertai oleh pelajar sekolah dengan tujuan memberi pendedahan tentang intipati KDB yang terdiri daripada Online Grooming, Buli Siber, Maklumat Palsu, Sexting, Stalking, Literasi digital dan media dan Oversharing. Kelas ini menyediakan slot kahoot berkaitan kuiz KDB. Kuiz KDB ini menyediakan soalan-soalan berkaitan KDB dimana pelajar perlu menjawab dan mengenal pasti jawapan dengan betul.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar sekolah kerana kebanyakan pelajar sekolah tidak mengetahuai dan memahami KDB dan terjerumus menjadi mangsa siber. Selain itu, taklimat KDB dapat mencegah dari berlakunya jenayah siber melalui tips-tips yang disampaikan seperti menghindarkan diri daripada terlebih berkongsi maklumat peribadi atau ‘oversharing’. 

     

Gambar Disini

Tarikh :24 Ogos 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet IOCC Langkawi

Peserta :9 orang

 

 emel3

Tujuan 

Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan dan kegunaan emel selain memberi tunjuk ajar mencipta emel supaya pelajar dapat mengenali dan menggunakan emel dengan baik.

 
Aktiviti 
  1. Kelas Asas Teknologi Maklumat & Komunikasiini telah meyediakan modul mencipta Emel menggunakan platform internet yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar dapat mengenali dan memahami kepentingan dan kegunaan Emel dengan tujuan memudahkan urusan pelajar kelak terutamanya apabila melangkah ke peringkat sekolah yang seterusnya. Selain itu, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer di Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mencipta Emel.

     . 

Gambar Disini

Tarikh :19 Julai 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet IOCC Langkawi

Peserta :10 orang

 

 PPBANNER6

Tujuan 

Kelas Microsoft PowerPoint adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan pengenalan Microsoft PowerPoint supaya pelajar dapat mengenali Microsoft PowerPoint pada peringkat awal.

 
Aktiviti 
  1. Kelas Microsoft PowerPoint ini telah meyediakan modul pengenalan Microsoft PowerPoint yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar dapat mengenali komponen awal dalam Microsoft PowerPoint dengan tujuan memudahkan urusan pelajar kelak terutamanya apabila melangkah ke peringkat sekolah yang seterusnya. Selain itu, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer di Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan Microsoft PowerPoint . 

Gambar Disini

Tarikh :06 Ogos 2019 
Masa :09.00 am – 02.00 pm
Lokasi

:Pusat Internet Padang Lalang

 

 ASO

Tujuan 

Suatu lawatan sempena Majlis Pengumuman Peralihan Siaran Tv Analog Ke Siaran Tv Digital Myfreeview Di Seluruh Negara telah diadakan yang dihadiri oleh YB Tuan Gobind Singh Deo Menteri Komunikasi dan Multimedia Mal Menteri KKMM. Lawatan ini telah membawa nama Pusat Internet sebagai platform penghebahan tentang MYTV kepada komuniti selain YB Tuan Gobind Singh Deo dapat bermah mesra bersama wakil Komuniti Langkawi.

 
Aktiviti 
    • Tinjauan Siaran TV Digital myFreeview
    • Taklimat oleh Pengurus Pusat Internet mengenai Maklum balas Peralihan ke Siaran TV Digital myFreeview
    • Sesi Perkongsian Pengalaman Menonton Siaran TV Digital myFreeview Bersama Rakyat

    Makan Tengah Hari Bersama Media di Restoran Siti Fatimah, Ulu Melaka, Langkawi

    • Tinjauan Siaran TV Digital di Premis Perniagaan

Gambar Disini

 

Tarikh :03 Julai 2019 
Masa :08.00 pm – 12.00 pm
Lokasi

:Kompleks APM Langkawi

 

 Webp.net-resizeimage-7

 

Tujuan 

Suatu hebahan berkenaan MyFree TV telah diadakan sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PI Kluster Langkawi yang disertai oleh Petugas PI Kluster Langkawi dan sukarelawan Langkawi. Hebahan ini bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang kewujudan My Free TV serta kaedah untuk mendapatkannya selain memberi pendedahan tentang kepentingannnya. Selain itu, Pusat Internet Kluster Langkawi juga turut serta dalam jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama Angkatan Pertahanan Awam Langkawi selain menyediakan jamuan makanan dan pengenalan berkenaan fungsi dan peranan Pusat Internet.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti setempat kerana dengan adanya pendedahan berkenaan My Free, komuniti mendapat pengethuan yang jelas berkenaan prosedur mendapatkan Mv Free TV selain mengetahui kepentingannya kerana ramai komuniti yang belum jelas berkenaan TV Digital tersebut.

Gambar Disini