Tarikh :03 May 2019 
Masa :08.00 am – 01.00 pm
Lokasi :Pi Padang Wahid
Peserta :78 Orang

 

 padangwahid7

Tujuan 

Satu Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Padang Wahid dan Program Advokasi KDB telah dilaksanakan di Pi Padang Wahid yang telah disertai oleh Komuniti Langkawi dengan tujuan memperkenalkan kepada Komuniti setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Padang Wahid selain membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas Pusat Internet IOCC Langkawi. Selain itu ianya bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan sukarelawan dalam melaksanakan sesuatu program. 

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada seluruh Komuniti untuk menyebarkan dan memperkenal Pusat Internet Padang Wahid dan menggalakkan mereka untuk mendaftar dan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang disediakan selain dapat mengeratkan silaturahim, Selain itu, program advokasi yang disampaikan melalui ceramah KDB dapat memberi kesedaran kepada komuniti tentang kepentingannya.

Gambar Disini

 

Tarikh :21 April 2019 
Masa :08.00 am – 01.00 pm
Lokasi :Kompleks Pertahanan Awam Langkawi
Peserta :80 Orang

 

 

 autisme1a

Tujuan 

Satu program advokasi sempena sambutan bulan autisme diadakan dan slah satu intipati program tersebut merupakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) yang telah dilaksanakan oleh Pi IOCC Langkawi yang telah disertai oleh Komuniti Langkawi yang terdiri dari golongan pelajar sekolah dengan tujuan memberi pendedahan tentang intipati KDB yang terdiri daripada Online Grooming, Buli Siber, Maklumat Palsu, Sexting, Stalking, Literasi digital dan media dan Oversharing.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada pelajar sekolah kerana kebanyakan pelajar sekolah tidak mengetahuai dan memahami KDB dan terjerumus menjadi mangsa siber. Selain itu, taklimat KDB dapat mencegah dari berlakunya jenayah siber melalui tips-tips yang disampaikan seperti menghindarkan diri daripada terlebih berkongsi maklumat peribadi atau ‘oversharing’. 

Gambar Disini

 

Tarikh :30 Mac 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi :Pusat Internet IOCC Langkawi
   



 dashboard4

Tujuan 

Satu kelas Asas Dashboard telah dilaksanakan di Pi IOCC Langkawi yang telah disertai oleh ahli Pi IOCC Langkawi yang terdiri dari golongan pelajar sekolah dengan tujuan memberi pendedahan tentang fungsi dan kegunaan Dasboard yang meliputi Mykomuniti, Mysoal, Myskool, Myshop dan MyHealth supaya pelajar sekolah dapat mengenali lebih dekat seterusnya dapat memanfaatkan Dasboard dalam kehidupan seharian. 

 
Aktiviti 
  1. Kelas ini telah menyediakan Slot Penerangan dari Pengurus Pi IOCC Langkawi berkaitan Dashboard. Selain itu, Petugas juga telah memberi tunjuk ajar dengan menggunakan Dashboard terutamanya Myskool dan pelajar juga diberi kebebasan menggunakan computer untuk menerokai Dashboard.

Gambar Disini

Tarikh :06 April 2019 
Masa :09.00 am – 01.00 pm
Lokasi :Kompleks APM Langkawi
   

 

 aadk1a

Tujuan 

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti setempat kerana penularan penyakit ketagihan dadah di negara ini sangat membimbangkan. Pelbagai aktiviti dan taklimat disediakan berkaitan pencegahan dadah dalam kalangan masyarakat. Komuniti dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang sihat yang telah disediakan oleh pihak penganjur antaranya sekaneka dan senamrobik.

 

 
Aktiviti 
    1. Pendaftaran  dan Senamrobik 
    2. Ketibaan VVIP Puan Azlina Binti Mansor, Ketua Srikandi Bahagian Langkawi
    3. Bacaan doa - Encik Hazimi (AADK Langkawi)
    4. Ucapan aluan dan perasmian oleh Puan Azlina Binti Mansor
    5. Persembahan taekwondo
    6. Taklimat daripada AADK Langkawi (Dadah Membawa Padah)
    7. Taklimat Pusat Internet (Tidak Pasti Jangan Kongsi)
    8. Slot bersama Angkatan Pertahanan Awam Langkawi
    9. Makan tengahari dan cabutan bertuah

Gambar Disini

Tarikh :10 Mac 2019 
Masa :02.00 pm – 06.00 pm
Lokasi :Pusat Internet IOCC Langkawi
   

 

 

 tmlawatan3

Tujuan 

Satu lawatan dari TM telah berlangsung di Pusat Internet IOCC Langkawi diwakili Puan Sabariah Rosli (TM GSS). Sempena lawatan ini, sesi audit turut berlangsung yang meliputi audit kewangan dan Inventori. Lawatan ini turut dihadiri kakitangan TM lain iaitu Puan Syahidah Abdul Rahman, En. Wan Mohd Yasir, En. Muhammad Noor Faez Ahmad dan En. Zulfikri Zamai.

 
Aktiviti 
  1. Lawatan ini telah menyediakan slot penerangan dengan lebih jelas kepada pihak TM tentang keberkesanan Pusat Internet dan IOCC kepada komuniti dan kerajaan. Sempena lawatan ini, sesi audit turut berlangsung yang meliputi audit kewangan dan Inventori.

Gambar Disini