Tarikh : 02 September 2018
Masa : 02.00 Petang - 05.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet IOCC Langkawi
Peserta : 8 orang 

 

 d6f08afc-8bc5-4b28-9405-ce5b0f855ea3

Tujuan 

Mesyuarat Kluster Langkawi diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan oleh Pusat Internet Kluster Langkawi. Mesyuarat ini melibatkan Pusat Internet IOCC Langkawi, Pusat Internet Kuah, Pusat Internet Pulau Tuba, Pusat Internet Padang Wahid dan Pusat Internet Padang Lalang. Disamping itu, Jamuan perpisahan tamat perkhimatan Penolong Pengurus Pusat Internet Kuah, Puan Siti Hajar adalah sebagai penghargaan dari Pusat Internet Kluster Langkawi.

   
Aktiviti 

Mesyuarat Pusat Internet Kluster Langkawi ini melibatkan Perbincangan berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan Kluster Langkawi sepanjang September dan bulan-bulan berikutnya. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan tugasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) kepada Kluster Langkawi dengan mendapatkan idea-idea bernas dan berkongsi pendapat. Selepas selesai perbincangan, jamuan ringan disediakan sempena penghargaan kepada Puan Siti Hajar yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Penolong Pengurus Pusat Internet Kuah baru- baru ini. 

Tarikh : 06 Ogos 2018
Masa : 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari
Lokasi : Pusat Internet IOCC Langkawi
Peserta : 9 orang 

 

 MW1K

 

 

   Tujuan 

Kelas Microsoft Word adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada 9 orang pelajar Taska Al Hana dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan pengenalan Microsoft Word supaya pelajar dapat mengenali Microsoft Word pada peringkat awal.

 

   
   Aktiviti 

Kelas Latihan Menaip ini telah meyediakan modul pengenalan Microsoft Word yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar dapat mengenali komponen awal dalam Microsoft Word dengan tujuan memudahkan urusan pelajar kelak terutamanya apabila melangkah ke peringkat sekolah yang seterusnya. Selain itu, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer di Pusat Internet IOCC Langkawi  untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan Microsoft Word.

 

Tarikh : 06 June 2018
Masa : 10.00 Pagi - 01.00 Petang
Lokasi : Perpustakaan Awam Langkawi
Peserta : 40 orang 

 

 

 SRITAMAN8

 

 

 

Tujuan 

 

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar Tadika Sri Taman tentang wujudnya Pusat Internet IOCC Langkawi dan fungsi Pusat Internet kepada komuniti termasuk pelajar. Selain itu program ini dengan kerjasama kakitangan Perpustakaan Awam Langkawi yang turut menjalankan program jom membaca sebagai pededahan dan galakan membaca dalam kalangan pelajar.

 

   
Aktiviti 

 

Program ini telah menyediakan beberapa aktviti utama iaitu promosi Pusat Internet IOCC Langkawi yang baru sahaja beroperasi pada Mac 2018 dengan kerjasama Perpustakaan Awam Langkawi yang turut melaksanakan program Jom Membaca bagi menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan pelajar. Selain itu, aktiviti berkumpulan diadakan bagi mengeratkan silaturahim disamping menjana pemikiran kreatif dengan menyediakan aktiviti mencipta kraftangan dengan menggunakan kertas A4 berwarna. 

 

Tarikh : 04 July 2018
Masa : 02.00 Petang - 06.00 Petang
Lokasi : Pusat Internet Kuah Langkawi
Peserta : 40 orang 

 

 JR182

Tujuan 

Tujuan Jamuan Hari Raya diadakan bagi mengeratkan silaturahim selain tanda kesyukuran bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Jamuan ini disertai seluruh Pusat Internet Kluster Langkawi dengan menjemput komuniti terdekat bagi memeriahkan majlis.

   
Aktiviti 

Jamuan Hari Raya ini dimulakan dengan ucapan Ketua Pusat Internet Kluster Langkawi sebagai ucapan aluan dan disusuli dengan pertandingan Suai Padan berkenaan pengtahuan IT yang melibatkan kanak-kanak yang hadir. Kemudian, tetamu dijemput menjamu selera. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan ucapan penutup dari Ketua Pusat Internet Kluster Langkawi. 

Tarikh : 15 May 2018
Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Lokasi : Pi1M IOCC Langkawi
Peserta : 9 orang 

 

 

 pengenalan4

 

 

Tujuan 

Satu kelas ICT telah dilaksanakan di Pi1M IOCC Langkawi yang telah disertai oleh pelajar dari Taska Al Hana dengan kerjasama guru-guru Taska yang memudahkan proses membawa pelajar ke Pi1M IOCC Langkawi. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang berumur 6 tahun berkenaan komponen-komponen komputer dan kegunaannya. 

   
Aktiviti 

Program ini telah menyediakan Kelas ICT kepada pelajar-pelajar dari Taska Al Hana dengan mendedahkan mereka kepada pengetahuan komponen computer sepert keyboard, mouse, monitor dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan komponen tersebut untuk mempraktikkannya supaya lebih mahir untuk digunakan pada peringkat persekolahan yang akan datang.