Tarikh | : 15 May 2018 |
Masa | : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari |
Lokasi | : Pi1M IOCC Langkawi |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan | |
Satu kelas ICT telah dilaksanakan di Pi1M IOCC Langkawi yang telah disertai oleh pelajar dari Taska Al Hana dengan kerjasama guru-guru Taska yang memudahkan proses membawa pelajar ke Pi1M IOCC Langkawi. Kelas ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang berumur 6 tahun berkenaan komponen-komponen komputer dan kegunaannya. |
|
Aktiviti | |
Program ini telah menyediakan Kelas ICT kepada pelajar-pelajar dari Taska Al Hana dengan mendedahkan mereka kepada pengetahuan komponen computer sepert keyboard, mouse, monitor dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan penggunaan komponen tersebut untuk mempraktikkannya supaya lebih mahir untuk digunakan pada peringkat persekolahan yang akan datang.
|