Tarikh | : 03 May 2018 |
Masa | : 07.00 Petang - 11.00 Malam |
Lokasi | : Masjid Al-Hana Langkawi |
Peserta | : 300 orang |
Tujuan | |
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) telah menganjurkan Program Forum Bicara Perdana di Masjid AL-Hana, Langkawi dengan menjemput Ustaz Ilyas Ismail dan Ustaz Ebit Liew sebagai penceramah. Program ini telah menjemput seluruh komuniti Langkawi bagi mendalami ilmu berkaitan " Berita Palsu Musuh Negara". |
|
Aktiviti | |
Program ini telah menyediakan ceramah berkaitan penyebaran berita palsu yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Disamping itu, SKMM juga mempromosikan aplikasi Sebenarnya.my dengan menyediakan ganjaran minyak masak sebanyak 2kg bagi sesiapa yang memuat turun aplikasi ini. Hal ini bertujuan menggalakkan komuniti menggunakan aplikasi ini bagi memastikan sesuatu maklumat yang diterima adalah benar. |
Tarikh | : 21 April 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 05.00 Petang |
Lokasi | : Kompleks Sukan Langkawi |
Peserta | :300 orang |
Tujuan | |
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah melaksanakan Langkawi Job Fair dan telah menjemput beberapa buah majikan dan agensi kerajaan termasuk Pi1M Kluster Langkawi yang melibatkan Pi1M IOCC Langkawi. Program ini telah dihadiri lebih dari 300 orang pengunjung. |
|
Aktiviti | |
Program ini telah menyediakan pelbagai aktiviti termasuklah Pemeriksaan Kesihatan dari Klinik Kesihatan Langkawi, dan majikan-majikan yang terlibat turut menyediakan pelbagai jawatan kosong kepada pengunjung dengan mengadakan sesi temuduga. Pi1M IOCC Langkawi terlibat dalam menyediakan khidmat mengedit Resume, photostate dan printing bagi memudahkan pengunjung memohon pekerjaan. |
Tarikh | : 12 April 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 05.00 Petang |
Lokasi | : Giat Mara Langkawi |
Peserta | : 80 orang |
Tujuan | |
Giat Mara Langkawi telah menjemput Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kluster Langkawi yang melibatkan Pi1M IOCC Langkawi, Pi1M Kuah, Pi1M Padang Lalang, Mini Pi1M Pulau Tuba dan Pi1M Padang Wahid untuk menjalankan Bengkel Kerjaya Dan Resume yang melibatkan 80 org pelajar semester pertama Giat Mara Langkawi. |
|
Aktiviti | |
Bengkel ini menyediakan slot ceramah berkenaan online marketing yang melibatkan e-usahawan dan e-rezeki bertujuan membuka minda pelajar berkenaan peluang-peluang yang disediakan oleh MDEC dan pelbagai agensi kerajaan serta sektor swasta yang lain. Selain dari itu, Petugas Pi1M juga menyediakan slot pembikinan Resume yang sesuai bagi membantu pelajar memperoleh pekerjaaan yang diidamkan seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. |
|
|
Tarikh | : 20 April 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 05.00 Petang |
Lokasi | : Pi1m Padang Wahid |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan | |
Pi1M Padang Wahid berkerjasama dengan Pi1M Kluster Langkawi yang melibatkan Pi1M IOCC Langkawi, Pi1M Kuah, Pi1M Padang Lalang dan Mini Pi1M Pulau Tuba telah melaksanakan Bengkel Video dan Hari Terbuka yang melibatkan 20 orang perserta dalam kalangan usahawan di Langkawi. |
|
Aktiviti | |
Bengkel ini menyediakan kursus mengedit video secara percuma dengan menggunakan Wondershare Filmora. Peserta diajar cara mengambil gambar dengan cara yang betul menggunakan kemera DSLR disamping teknik mengedit video. Selain dari itu, pertandingan mencipta video turut diadakan dengan menyediakan hadiah lumayan kepada peserta. Kemudian, program Hari Terbuka turut dilaksanakan dengan menjemput komuniti ke Pi1M Padang Wahid dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya sukaneka. |
|
|
Tarikh | : 17 March 2018 |
Masa | : 08.00 pagi - 05.30 Petang |
Lokasi | : Rumah Anjung Kasih Langkawi |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan | |
Persatuan Aspirasi Prihatin Langkawi telah bekerjasama dengan Aspirasi Prihatin Negeri Perlis dan Pi1m Kluster Langkawi termasuk Pi1m IOCC Langkawi telah menjalankan satu program khidmat masyarakat di sebuah pusat anak yatim iaitu Rumah Anjung Kasih. |
|
Aktiviti | |
Program ini melibatkan aktiviti gotong royong, sukaneka santai bersama penghuni Rumah Anjung Kasih, Taklimat Promosi Pi1m IOCC Langkawi, Pertandingan Menaip dan Zumba di Pantai Chenang. |
|