18 Mei 2023: Kelas asas penggunaan internet. Kelas ini berlangsung pada jam 4.00 petang - 5.00 petang. Kelas ini tertumpu kepada pelajar berumur 10 tahun ke bawah. Objektif kelas ini adalah memberi pendedahan awal golongan kanak-kanak mengenai ICT. Selain itu juga, kelas ini dapat memupuk minat pelajar untuk belajar dalam bidang ICT dan celik akan ICT. 
 

 

Tarikh : 18 April 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Perpustakaan Awam Langkawi

 

Tujuan 

Bengkel asas microsoft telah dilaksanakan di Perpustakaan Awam Langkawi yang telah disertai Sekolah Rendah Kebangsaan Langkawi. Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai microsoft word, fungsi, cara menaip dan membuat surat.

 

Aktiviti 

1) Slot Penerangan dari Pengurus PEDi IOCC Langkawi berkaitan Pengenalan dan fungsi PEDi.

2) Memperkenalkan pelbagai asas dan fungsi microsoft word.

3) Peserta diberi pendedahan penggunaan microsoft word dan perlu menghasilkan satu surat rasmi.

 

   

 

Tarikh : 31 OGOS 2021
Masa : 03.00 p.m-05.00 p.m
Lokasi : LANGKAWI 

 

 

 Picture1Picture2Picture3Picture4Picture5

 

 

Tujuan 

Program dekorasi kemerdekaan merupakan program yang melibatkan PIK Kluster Langkawi, dimana untuk memupuk semangat kemerdekaan memandangkan hari kemerdekaan disambut dengan norma baharu. Oleh itu untuk menghangatkan suasana kemerdekaan program ini dianjurkan bagi memeriahkan hari kemerdekaan apabila setiap PIK akan menghiaskan PIK untuk dinilai oleh orang ramai di laman sosial.

 

Aktiviti 

1) Program dekorasi kemerdekaan diuar-uarkan pada 20 Ogos 2021

2)  Wakil PIK mula menghiaskan PIK masing-masing dengan konsep kemerdekaan.

3)  Sesi penilaian dekorasi setiap PIK dilakukan menggunakan platform Facebook Menarik di Langkawi.

4) PIK yang mendapat tanda 'like' yang tinggi telah dipilih sebagai pemenang pada 31 Ogos 2021.

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 21 DISEMBER 2021
Masa : 11.00 a.m-12.30 p.m
Lokasi : PUSAT EKONOMI DIGITAL IOCC LANGKAWI 

 

 

 AUDIT-TM-1

 

Tujuan 

Wakil dari Telekom Malaysia, Puan Zakhirah Awang, Cik Puteri Nur Adlina dan Cik Sajiah Husna membuat lawatan kerja dan audit di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) IOCC Langkawi. Sebelum memulakan proses audit dan pemeriksaan, pengurus menerangkan secara ringkas tentang proses dan operasi PEDi IOCC Langkawi. Antara aspek yang diaudit dan disemak ialah kewangan, perkakasan komputer dan juga fasiliti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) IOCC Langkawi.

 

Aktiviti 

1) Penerangan oleh pengurus tentang operasi Pusat Ekonomi Digital IOCC Langkawi.

2) Semakan kewangan dan inventori di PEDi IOCC Langkawi.

 

          3) Sesi perkongsian santai bersama wakil-wakil TM di Pusat Ekonomi Digital IOCC                       Langkawi.

 

Gambar disini

 

 

Tarikh : 26 OGOS 2021
Masa : 03.00 p.m-05.00 p.m
Lokasi : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI (MICROSOFT TEAMS)

 

slot-tuan-rafeq-1

 opening

 

Tujuan 

Satu program motivasi pelajar dan penerangan berkaitan Tak pasti Jangan Kongsi telah dilaksanakan oleh Yayasan Pembangunan Nadi Digital Langkawi bersama Pusat Internet Komuniti Kluster Langkawi dengan kerjasama SKMM dan Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi yang terdiri daripada pelajar sekolah.Program ini bertujuan bagi memupuk semangat kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan ini serta slot motivasi diri untuk lebih bermotivasi untuk belajar secara online dan juga slot penerangan berkaitan Tak pasti Jangan Kongsi. Malahan ia merupakan pendekatan baharu untuk mengadakan program menggunakan platform diatas talian tatkala negera sedang berduka akibat pandemik covid19.  

 

Aktiviti 

1) Ucapan alu-aluan daripada YDP Yayasan Pembangunan Nadi Digital Langkawi sebagai wakil penganjur program ini.

 

2)  Ceramah motivasi oleh motivasi oleh Tuan Rafeek Bin Hj Baputey

 

3) Slot Penerangan berkaitan Tak Pasti Jangan Kongsi oleh Pn Norazlina selaku wakil SKMM.

4) Penutup dan sesi soal jawab

 

Gambar Disini