Tarikh | : 27 FEBRUARI 2021 |
Masa | : 02.00 p.m-05.30 p.m |
Lokasi | : PUSAT INTERNET IOCC LANGKAWI |
Tujuan |
|
Adik Hasif datang ke Pusat Internet IOCC bagi mendapatkan bantuan pengurus tentang teknikal cara penggunaan Sisco Webex dan Kahoot! bagi tujuan menelaah mata pelajaran Sains Tahun 5. Adik Hasif berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau tidak mempunyai capaian internet dan komputer di rumah. Sebelum ini beliau hanya menggunakan telefon bimbit yang dimiliki oleh ibunya namun penggunaan data kelajuan yang tinggi menyebabkan beliau mencari alternatif lain. Dengan kesempatan ini beliau menghadirkan diri bagi mendapatkan khidmat Pusat Internet bagi tujuan PDPR.
|
|
Aktiviti |
|
1) Membimbing cara membuat tetapan pada Sisco Webex untuk memudahkan adik Hasif berhubung dengan guru kelasnya 2) Memberi tunjuk ajar cara penggunaan laman web Kahoot! Bagi menjawab quiz yang diberi oleh guru kelasnya 3) Memberi suntikan moral dan kata-kata semangat kepada adik Hafis dalam menimba ilmu pengetahuan. |