Tarikh : 24 & 25 JUN 2020
Masa : 09.00 a.m-1.00 p.m
Lokasi : PUSAT KAWALAN 5GCC

 

photo6311820802638588712

 

Tujuan 

 

YB Encik Wan Romani exco. Penerangan, komunikasi dan multimedia beserta pensyarah dari Universiti Utara Malaysia membuat lawatan pusat kawalan 5G Langkawi bagi melihat sendiri insfrastruktur teknologi 5G yang pertama di Malaysia yang berpusat di Langkawi 

 

 

Aktiviti 

 

1) Penerangan tentang pelaksanaan utama pusat kawalan 5G di Langkawi.

2)  Penerangan kelebihan insfrastruktur 5G dan kegunaannya.

3) Penerangan tugas Badan-badan berkanun yang mengambil alih pusat kawalan 5G contohnya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 11 JUN 2020
Masa : 09.00 a.m-1.00 p.m
Lokasi : PI IOCC LANGKAWI

 

photo6298688059662773325

 

Tujuan 

 

Kelas Keusahawanan adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada ahli Pusat Internet IOCC Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan kepada kaedah mempromosikan perniagaan dalam talian yang melibatkan laman sosial seperti Facebook, Instagram dan pelbagai aplikasi yang terkini seperti Shopee, Lazada, Carousell dan sebagainya.

 

 

Aktiviti 

 

1) Pendedahan berkenaan platform atas talian untuk berniaga yang wujud pada masa kini.

 

2) Memberi ruang kepada peserta untuk menggunakan komputer di Pusat Internet untuk meneliti dan memahami platform atas talian. Antara aktiviti yang diaplikasikan contohnya seperti kaedah mencipta akaun shopee dengan tujuan mempromosi dan menjual barangan.

 

Gambar Disini


 

Tarikh : 04 JUN 2020
Masa : 09.00 a.m-1.00p.m
Lokasi : PI IOCC LANGKAWI

 

IMG-7056

 

 

Tujuan 

Pendedahan asas Microsoft Word bagi tujuan membina resume/CV dan ‘cover letter’ yang lebih kemas dan terperinci kepada Encik Mohd Khiril manakala bimbingan cara membuat ‘cover letter’ dengan penggunaan bahasa inggeris yang betul bagi Puan Suriati. Encik Khiril adalah seorang yang berstatus kurang upaya(OKU). Pendedahan yang diberikan adalah cara membuat resume dan cover letter bagi menarik perhatian penemuduga, melengkapkan maklumat penting yang perlu di senarai dan diletakkan di dalam resume dan mendekorasi CV/resume dan ‘cover letter’ supaya lebih menarik.

 

 
Aktiviti 

1)   Memperkenalkan Microsoft Word secara asas.

2)   Latihan menaip dengan kemas dan mengikut format yang betul.

3)   Memperkenalkan format asas tulisan dan dan saiz.

4)   Memperbaiki penggunaan ayat bahasa inggeris.

 

Gambar Disini 

Tarikh : 10 JUN 2020
Masa : 02.00 p.m-04.00 p.m
Lokasi : DI KAWASAN RUMAH MASING-MASING

 

 

Tujuan 

 

Tujuan Kuiz ini dibuat bagi mendapatkan data perspektif dan pengetahuan am tentang virus pandemik yang melanda dunia Covid-19 dari para remaja sekitar Langkawi samada mereka ambil berat dan ambil tahu sedikit sebanyak tentang kesan, cara ianya disebarkan, cara membasmi dan bertapa serius dan bahayanya virus ini.

 

 

Aktiviti 

 

1) Kuiz dibina menggunakan google form dan disebarkan melalui aplikasi Whatssap dan E-mail.

2) Para responden (Remaja) sekitar langkawi dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut secara tidak langsung mereka mencari bahan bacaan dan info semasa berkaitan Covid-19 di laman sesawang.

3) Kuiz ini dibina bagi memberi pendedahan dan kesedaran kepada komuniti tentang bahanya virus Covid-19.

 

Gambar Disini

 

Tarikh : 03 JUN 2020
Masa : 09.30 a.m-11.30a.m
Lokasi : PI IOCC LANGKAWI


photo6287179681908239063.jpg

 

Tujuan 

Puan Siti dan Puan Nurshahadah adalah pekerja dalam bidang perhotelan di Langkawi. Majikan mereka mengalami penurunan pendapatan sebanyak 50% bermula 1 Januari lalu. Majikan mereka membuat keputusan memberhentikan mereka dengan bayaran pampasan namun wang pampasan tersebut masih dalam proses dan belum dibayar hingga ke hari ini. Oleh hal sedemikian, Puan Siti dan Puan Nurshahadah datang ke Pusat Internet IOCC Langkawi bagi memohon tunjuk ajar dari petugas bagaimana cara untuk memohon Subsidi Upah PERKESO bagi menampung pendapatan yang terjejas sementara waktu sebelum mencari pekerjaan lain.

 

 
Aktiviti 

1)  Membimbing cara melayari laman sesawang yang berkaitan.

2) Memberi tunjuk ajar cara mengisi boring permohonan online dengan cara dan format yang betul.

 

Gambar Disini