Tarikh | : 15 Disember 2018 |
Masa | : 08.00 Pagi - 05.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Internet IOCC Langkawi |
Tujuan | |
Memperkenalkan kepada Komuniti setempat tentang fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet IOCC Langkawi. Selain itu,program ini bertujuan untuk membina hubungan yang baik di antara komuniti setempat dengan petugas Pusat Internet IOCC Langkawi. Disamping itu, program ini dapat memupuk semangat kerjasama di kalangan sukarelawan dalam melaksanakan sesuatu program selain dapat membantu usahawan setempat untuk mengembangkan perniagaan dalam bentuk ICT. | |
Aktiviti | |
|
Tarikh | : 04 Disember 2018 |
Masa | : 09.00 Pagi - 01.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Internet IOCC Langkawi |
Tujuan | |
Kelas Microsoft PowerPoint adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar yang terdiri daripada 9 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan awal berkaitan pengenalan Microsoft PowerPoint supaya pelajar dapat mengenali Microsoft PowerPoint pada peringkat awal. |
|
Aktiviti | |
Kelas Microsoft PowerPoint telah meyediakan modul pengenalan Microsoft PowerPoint yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar dapat mengenali komponen awal dalam Microsoft PowerPoint dengan tujuan memudahkan urusan pelajar kelak terutamanya apabila melangkah ke peringkat sekolah yang seterusnya. Selain itu, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer di Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mengenali dengan lebih dekat berkenaan Microsoft PowerPoint. |
Tarikh | : 22 November 2018 |
Masa | : 09.00 Petang - 01.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Internet IOCC Langkawi |
Tujuan | |
Kelas Keusahawanan adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada ahli Pusat Internet IOCC Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan kepada kaedah mempromosikan perniagaan dalam talian yang melibatkan laman social seperti Facebook, Instagram dan pelbagai aplikasi yang terkini seperti Shopee, Lazada, Carousell dan sebagainya. |
|
Aktiviti | |
Kelas Keusahawanan ini telah menyediakan pendedahan berkenaan platform atas talian yang perlu digunakan oleh usahawan atau peniga online bagi mempromosikan barangan. Antara platform yang didedahkan termasuk laman sesawang Facebook dengan menekankan dan menggalakkan ahli mencipta Pages di Facebook bagi mengkhususkan perniagaan mereka. Justeru, kelas keusahawanan pada kali ini memberi pendedahan berkaitan kaedah mencipta Pages di Facebook seterusnya memberi peluang kepada ahli bagi mencipta Pages di Facebook dengan menggunakan kaedah yang telah diberi. |
Tarikh | : 23 November 2018 |
Masa | : 09.00 Pagi - 01.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Internet IOCC Langkawi |
Tujuan | |
Kelas menaip adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 9 orang peljar Sekolah Kebangsaan Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan kepada kaedah menaip dengan betul dan lebih effisien. |
|
Aktiviti | |
Kelas Latihan Menaip ini telah meyediakan latihan menaip iaitu kaedah menaip dengan betul dan cepat yang telah disampaikan oleh Petugas Pusat Internet IOCC Langkawi dengan harapan para pelajar akan lebih cekap untuk menaip dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru terutamanya apabila melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi kelak. Selain daripada pendedahan kaedah menaip dengan betul, pelajar juga diberi peluang menggunakan Komputer dan Keyboard di Pusat Internet IOCC Langkawi untuk mempraktikkan kemahiran menaip. |
Tarikh | : 17 Oktober 2018 |
Masa | : 02.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi | :Pusat Internet IOCC Langkawi |
Tujuan | |
Pusat Internet IOCC Langkawi telah menerima lawatan dari Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi MD Saad dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penyelarasan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara iaitu Kolonel Haji Mohd Sakri Bin Hussin yang telah diiringi oleh General Manager TM SNS, Tuan Haji Anuar Md Alim. |
|
Aktiviti | |
Lawatan ini membawa kepada pengenalan Pusat Internet IOCC Langkawi serta IOCC kepada wakil dari Jabatan Perdana Menteri dengan menjelaskan fungsi dan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet IOCC Langkawi kepada komuniti khususnya. Lawatan ini berakhir dengan ucapan syabas dan tahniah dari wakil Jabatan Perdana Menteri atas perkhidmatan cemerlang Pusat Internet IOCC Langkawi. |