Tarikh : 22 November 2018 
Masa : 09.00 Petang - 01.00 Petang
Lokasi :Pusat Internet IOCC Langkawi
   

 

 USAHAWAN1B

 

Tujuan 

Kelas Keusahawanan adalah satu bentuk latihan yang diberikan kepada ahli Pusat Internet IOCC Langkawi dengan tujuan memberi pendedahan kepada kaedah mempromosikan perniagaan dalam talian yang melibatkan laman social seperti Facebook, Instagram dan pelbagai aplikasi yang terkini seperti Shopee, Lazada, Carousell dan sebagainya.

   
Aktiviti 

Kelas Keusahawanan ini telah menyediakan pendedahan berkenaan platform atas talian yang perlu digunakan oleh usahawan atau peniga online bagi mempromosikan barangan. Antara platform yang didedahkan termasuk laman sesawang Facebook dengan menekankan dan menggalakkan ahli mencipta Pages di Facebook bagi mengkhususkan perniagaan mereka. Justeru, kelas keusahawanan pada kali ini memberi pendedahan berkaitan kaedah mencipta Pages di Facebook seterusnya memberi peluang kepada ahli bagi mencipta Pages di Facebook dengan menggunakan kaedah yang telah diberi. 

Gambar Disini