Tarikh | : 02 September 2018 |
Masa | : 02.00 Petang - 05.00 Petang |
Lokasi | : Pusat Internet IOCC Langkawi |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan | |
Mesyuarat Kluster Langkawi diadakan bagi membincangkan aktiviti-aktiviti dan program yang bakal dilaksanakan oleh Pusat Internet Kluster Langkawi. Mesyuarat ini melibatkan Pusat Internet IOCC Langkawi, Pusat Internet Kuah, Pusat Internet Pulau Tuba, Pusat Internet Padang Wahid dan Pusat Internet Padang Lalang. Disamping itu, Jamuan perpisahan tamat perkhimatan Penolong Pengurus Pusat Internet Kuah, Puan Siti Hajar adalah sebagai penghargaan dari Pusat Internet Kluster Langkawi. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat Pusat Internet Kluster Langkawi ini melibatkan Perbincangan berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan Kluster Langkawi sepanjang September dan bulan-bulan berikutnya. Selain itu, mesyuarat ini juga membincangkan tugasan yang diberikan oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) kepada Kluster Langkawi dengan mendapatkan idea-idea bernas dan berkongsi pendapat. Selepas selesai perbincangan, jamuan ringan disediakan sempena penghargaan kepada Puan Siti Hajar yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai Penolong Pengurus Pusat Internet Kuah baru- baru ini. |