Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Pulau Langkawi yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
DATARAN HELANG
Dataran Helang terletak di Pekan Kuah dimana ianya berhampiran dengan Jetty Point. Di sini masyarakat berpeluang melihat patung helang merah coklat gergasi sedang bersedia untuk terbang yang dibina sebagai lambang Pulau Langkawi. Angin laut yang menenangkan membuat Dataran Helangsesuai untuk berjalan santai dan bergambar. Terdapat juga beberapa buah kerusi untuk bersantai yang disediakan dikawasan berhampiran. Rasanya tidak lengkap percutian di Pulau Langkawi jika tidak bergambar di sini sebagai tanda kenangan dan ingatan. Dataran Helang ini sering menjadi tumpuan pelancong asing mahupun tempatan kerana ianya menjadi lambang kemegahan Pulau Langkawi.
Taman Burung Langkawi Bird Paradise
Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002. Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan. Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter. Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia. Jika ingin memandu, Ia mengambil 10 minit dari Pekan Kuah.
Sumber: naturallylangkawi.my
Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi atau Langkawi Crocodile Farmterletak 32 km dari Pekan Kuah. Di sini masyarakat boleh melihat buaya dalam habitat semulajadi mereka. Hampir 1,000 ekor buaya dipamerkan di Taman Buaya Langkawi ini. Buaya diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan iaitu Kolam Pembiakan, Kolam Pemakanan dan Kolam Pertunjukan. Sebagai hiburan, masyarakat dan pelacong boleh menonton pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih. Disamping itu, masyarakat dan pelancong boleh melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.
sumber: http://channelw.my