Tarikh :15 May 2019 
Masa :08.00 am – 01.00 pm
Lokasi :Pi Padang Lalang
Peserta :25 Orang

 

 advokerjaya2

Tujuan 

Satu Program Advokasi dan Bengkel Kerjaya telah dilaksanakan di Pi Padang Lalang yang telah disertai oleh Belia Langkawi yang dengan tujuan memberi pendedahan peluang pekerjaan dan menggalakkan ahli Belia Langkawi mencari peluang pekerjaan dengan menggunakan laman Jobs Malaysia hasil tunjuk ajar Kakitangan Pusat Tenaga Kerja Langkawi. Selain itu Petugas Pusat internet Kluster Langkawi berkerjasama menyampaikan program advokasi yang melibatkan taklimat membanteras penyebaran berita palsu di Internet.

 
Aktiviti 
  1. Program ini sangat bermanfaat kepada belia kerana kebanyakan golongan belia kurang kefahaman untuk memohon perkerjaan sehingga mengakibatkan mereka tidak berminat untuk mencari peluang kerjaya. Belia Langkawi juga berpeluang mengetahui dengan lebih jelas berkenaan dengan kesan dan akibat daripada penularan berita palsu di Internet. Program ini telah menyediakan Slot Penerangan dari Kakitangan Pusat Tenaga Kerja Langkawi berkenaan Jobs Malaysia. Kemudian, Kakitangan pusat internet meneruskan Slot Taklimat Advokasi Membanteras Berita Palsu. Akhir sekali, para peserta disediakan jamuan makan.

Gambar Disini