24 MEI: Menteri Komunikasi dan Digial, YB Fahmi Fadzli telah melaksanakan lawatan kerja ke PEDi Pulau Tuba. Lawatan kerja beliau turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital.
Ketibaan YB Menteri Komunikasi dan Digital dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi disambut oleh Ketua Pegawai Operasi, Ybhg. Dato' Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus serta barisan eksekutif Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia Negeri Kedah.
Sebaik ketibaan, YB Menteri Komunikasi dan Digital telah membuat lawatan ke gerai usahawan di Pulau Tuba iaitu Keropok Leko atau dikenali sebagai LEKOSHOW. Beliau seterusnya diberikan taklimat mengenai PEDi Pulau Tuba, PEDi Kluster Langkawi, kisah kejayaan dan usahawan Langkawi dan memberi sedikit ucapakan kepada usahawan dan petugas PEDi Kluster Langkawi. Seterusnya YB Menteri Komunikasi dan Digital dibawa ke sudut gerai ushawan seluruh Langkawi.
Lawatan kerja YB Menteri Komunikasi dan Digital untuk mengetahui dengan lebih dekat cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan dan petugas PEDi khususnya diharap dapat membawa perubahan baharu di dalam memperkasakan Pusat Ekonomi Digital sebagai pusat yang ampuh di dalam memperkasakan ekonomi digital dan usahawan setempat.